Negarawan ialah seseorang yang berpengetahuan luas tentang kerajaan dan politik, dan memainkan peranan yang amat penting dalam hal ehwal awam. Kebanyakan orang menganggap negarawan sebagai seorang yang mengambil berat terhadap keperluan dan kepentingan negara secara keseluruhannya. Sebaliknya, mereka menganggap ahli politik sebagai seseorang yang mempunyai matlamat parti atau politik sahaja. Negarawan berumur , yang selalunya telah bersara daripada bergiat secara aktif dalam kerajaan, akan terus memberi nasihat berkenaan isu-isu penting. Jepun membentuk sistem genro , iaitu sebuah badan yang dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin kerajaan yang memberi nasihat kepada kerajaan yang sedang berkuasa. Lihat juga senarai biografi negarawan di hujung kebanyakan rencana yang berkaitan dengan setiap negara. |