PERANG RUSIA-FINLAND | Perang Rusia-Finland. Semasa Perang Dunia II, Kesatuan Soviet dan Finland berperang sebanyak dua kali. Mereka berperang singkat dalam “Perang Musim Sejuk” dari tahun 1939 hingga tahun 1940. Perang kedua, iaitu “Perang Sambungan” berlaku dari tahun 1941 hingga tahun 1944. Finland kalah dalam kedua-dua peperangan tersebut. | UMUM | |
KAVALRI | Kavalri ialah unit askar yang berperang dengan menunggang kuda. Pasukan yang pantas menyerang dan boleh bergerak jauh menjadi bahagian penting dalam banyak angkatan tentera dari zaman purba hingga awal tahun 1900-an. | UMUM | |
ORANG HUN | Orang Hun ialah puak yang berkelana serta suka berperang. Mereka menyerang Empayar Rom pada tahun 400-an M. Di bawah arahan Attila, pemimpin mereka yang terpenting, orang Hun hampir-hampir memusnahkan Empayar Rom di timur dan di barat. | UMUM | |
AMAZON | Amazon ialah bangsa bagi sekumpulan wanita yang suka berperang dalam mitos Yunani. Mereka tinggal di sebuah kawasan di Asia Kecil yang dikenali sebagai Cappadocia. Mereka hanya bertemu dengan lelaki di medan perang dan ketika satu upacara penyatuan seks dengan orang Gorgarensia yang berjiran dengan mereka. Amazon membunuh semua anak lelaki yang lahir hasil daripada penyatuan ini, tetapi memelihara anak-anak perempuan mereka dan melatih mereka dalam seni peperangan. | UMUM | |
HAK MENGGELEDAH | Hak menggeledah. Mengikut undang-undang antarabangsa, sesebuah negara yang sedang berperang berhak melawat dan menggeledah kapal dagang negara berkecuali. | UMUM | |
PERANG ROS | Perang Ros mencetuskan persengketaan awam di England pada akhir tahun 1400-an. Dua wangsa diraja berperang untuk merebut takhta. Simbol yang dipilih oleh setiap pihak merupakan nama bagi perang ini. Wangsa York sudah lama menggunakan bunga ros putih sebagai lambangnya. Wangsa Lancaster pula dikaitkan dengan lambang ros merah, tetapi ahli sejarah tidak pasti bila lambang ini bermula. Sesetengahnya berpendapat bahawa lambang ros merah hanya wujud sewaktu pertempuran yang terakhir. Perang ini bermula pada tahun 1455 dengan Pertempuran Saint Albans, dan berakhir pada tahun 1485 dengan Pertempuran Bosworth Field. | UMUM | |
ORANG ASLI AMERIKA CARIB | Orang Asli Amerika Carib ialah kumpulan suku kaum Orang Asli Amerika di Amerika Selatan yang suka berperang. Kaum ini kebanyakannya tinggal di Lembah Sungai Amazon dan di kawasan tanah pamah Guiana. Perkataan Inggeris cannibal berasal daripada nama Sepanyol. Cannibal merujuk kepada suku kaum ini yang memakan tawanan perang mereka. Lebih kurang pada tahun 1300, kaum Orang Asli Amerika Carib berpindah dari Amerika Selatan ke kepulauan di Laut Caribbean yang kini dikenali sebagai Kepulauan Windward. Mereka menawan kepulauan ini daripada kaum Orang Asli Amerika suku Arawak (lihat Orang Asli Amerika ). | UMUM | |
PERANG SERATUS TAHUN | Perang Seratus Tahun (1337–1453) berlangsung sepanjang pemerintahan lima orang raja Inggeris dan lima orang raja Perancis yang berperang untuk menguasai Perancis. Perjuangan antara England dengan Perancis ini sebenarnya terdiri daripada serangkaian perang merebut takhta yang diselang-seli oleh perdamaian sementara dan perjanjian. Perang ini bermula dengan terlepasnya Normandy di Perancis dari tangan Inggeris pada tahun 1204. Perang tersebut juga disebabkan beberapa perkara lain. | UMUM | |
ARCHIBALD MEMORIAL FOUNTAIN | Archibald Memorial Fountain, di hujung sebelah utara Taman Hyde di Sydney, dibuat untuk memperingati bagaimana Perancis dan Australia berperang bersama semasa Perang Dunia I (1914– 1918). Air pancut ini mempunyai patung-patung tembaga berbentuk objek-objek klasik. Ia direka oleh Francois Sicard, pengukir dari Paris. Air pancut ini merupakan hadiah untuk rakyat Sydney menurut wasiat Jules Francois Archibald, seorang penulis Australia yang mengasaskan majalah The Bulletin . | UMUM | |
PERANG TUJUH TAHUN | Perang Tujuh Tahun (1756–1763) melibatkan hampir setiap negara di Eropah dan merebak hingga ke Amerika dan India. Di Amerika, perang ini dikenali sebagai Perang India dan Perancis. Di Eropah , Prussia dan Austria berperang sesama sendiri untuk menguasai Jerman. Great Britain membantu Prussia dan Perancis pula membantu Austria . Britain berperang dengan Perancis untuk menguasai laut dan wilayah di Amerika Utara. Akibat Perang Tujuh Tahun tersebut, Perancis kehilangan empayar Amerika Utaranya kepada Britain . | UMUM | |