Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pi.ha/] | برڤيهق

Definisi : menyebelahi salah satu pihak, memasuki salah satu kumpulan (go­longan): dia tidak ~ ke mana-mana; ia memujuk saya supaya memihak kepadanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pi.ha/] | برڤيهق

Definisi : , memihak menyokong atau menyebelahi sesuatu pihak: Dia memujuk saya supaya ~ kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpihak

Peribahasa

Tidak ada orang menggaruk keluar badan.

Bermaksud :

Biasanya kalau ada perselisihan orang berpihak pada kaum keluarganya (partinya dan sebagainya).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NUMIDIA

Numidia ialah kawasan di utara Afrika pada

zaman purba. Ia meliputi sebahagian Algeria kini.

Numidia bersekutu dengan Carthage yang

berjiran dengannya apabila Perang Punic Kedua

antara Carthage dengan Rom yang bermula pada

tahun 218 S.M. Tetapi, Massinissa, ketua kaum

Numidia , berpihak kepada jeneral Rom, Publius

Cornelius Scipio. Sebagai balasan kerana

menjadi sekutu Scipio, Massinissa diberi

ganjaran wilayah dan menjadi raja bagi seluruh

Numidia kira-kira pada tahun 200 S.M. Pada

tahun berikutnya, orang Numidia membantu

Scipio mengalahkan orang Carthage, yang

diketuai oleh Hannibal, di Zama yang terletak di

utara Afrika.

UMUM 
PERTEMPURAN BUXAR

Pertempuran Buxar ialah perang muktamad

yang berlaku di antara tentera British dengan

tentera India di Buxar, sebuah bandar di tebing

Sungai Ganges. Mir Qasim, nawab (gabenor) dari

Benggala, mahu menyingkirkan British dari

wilayahnya. Dia membentuk perikatan dengan

Nawab dari Oudh dan Shah Alam II, maharaja

Mughal. Tentera India yang bergabung ini

menyerang Benggala dan bertempur dengan

tentera British yang diketuai oleh Major Hector

Munro, pada bulan Oktober 1764. Pertempuran

yang sengit itu berakhir dengan kemenangan

berpihak kepada British.

UMUM 

Kembali ke atas