NOMAD | Nomad ialah orang yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain sebagai cara untuk meneruskan kehidupan. Perkataan nomad berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna orang yang merayau mencari padang ternakan. Kebanyakan orang nomad berpindah ke sesuatu kawasan tertentu menurut kitaran atau pusingan berdasarkan aktiviti dan musim. Orang nomad biasanya berpindah menggunakan haiwan atau kayak ataupun berjalan kaki. Namun kini, sesetengah orang nomad mengembara menggunakan kenderaan bermotor. | UMUM | |
XHOSA | Xhosa ialah orang kulit hitam yang nenek moyang mereka berpindah ke selatan Afrika. Lebih separuh daripada anggaran lima juta orang Xhosa tinggal di tenggara Afrika Selatan. | UMUM | |
PITJANTJATJARA | Pitjantjatjara ialah penduduk Orang Asli Australia . Sehingga kini, mereka masih hidup berpindah-randah di kawasan barat daya Tasik Amadeus, Wilayah Utara. Kawasan yang meliputi Musgrave, Petermann dan banjaran Rawlinson ini mempunyai sedikit punca air atau lembah yang subur. Kaum Pitjantjatjara ini bersenjatakan panah dan lembing tetapi tidak menggunakan boomerang. Mereka ialah kaum yang mahir mengumpulkan makanan dan berburu. Haiwan buruan mereka termasuklah kanggaroo, ular dan cicak. Mereka juga mengumpulkan biji-biji rumput dan bahagian tumbuhan untuk makanan. | UMUM | |
SOFIS | Sofis ialah ahli pergerakan pendidikan di negara kota Greece pada separuh kedua tahun 400-an S.M. Sofis ialah guru yang berpindah-randah sambil mengajar tatabahasa dan pidato umum, iaitu perkara yang penting bagi demokrasi zaman kuno seperti Athens. Mereka tidak berminat dalam bidang pemikiran falsafah tentang sifat fizikal alam semesta. Sebaliknya, mereka mengkritik amalan moral dan agama yang menjadi kelaziman serta memerikan kebaikan sebagai kejayaan di dunia. | UMUM | |
AYYUBIYYAH, KERAJAAN | Ayyubiyyah, Kerajaan (567–648 H./1171–1250 M.). Nama Kerajaan Ayyubiyyah dinisbahkan kepada nama Salah al-Din al-Ayyubi, yang lahir dari keluarga bangsa Kurdi Azerbaijan. Keluarganya berpindah ke Iraq dari Azerbaijan dan kemudian ke Syam untuk berkhidmat dalam tentera Kerajaan Saljuk Turki. | UMUM | |
ABDUL SAMAD | ABDUL SAMAD (1902-1952), ahli perubatan Singapura. Dia merupakan doktor Melayu yang pertama di Singapura. Ayahnya, Encik Pagek, berpindah dari Tanah Melayu ke Singapura bersama-sama keluarganya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SYEIKH AHMAD AL-FATANI | Syeikh Ahmad al-Fatani (1856–1908) ialah ulama Thailand. Dia lahir pada 10 April 1856 di Kampung Sena Janjar, Pattani. Nama penuhnya ialah Ahmad bin Muhammad Zain bin Musthafa bin Muhammad Al-Pattani. Ketika berusia empat tahun, dia mengikuti keluarganya berpindah ke Makkah. Semasa berada di Makkah, dia sangat rajin belajar. Ketika berusia 12 tahun, dia telah dapat menguasai ilmu tatabahasa Arab (ilmu Nahwu). Dia berpindah ke Baitulmuqaddis selama dua tahun dan belajar ilmu kedoktoran/ilmu tabib. Dia dikatakan adalah orang Melayu pertama yang mahir dalam bidang ilmu tabib dan menerima pendidikan khas dalam bidang ini. | UMUM | |
ANGAS, GEORGE FIFE | Angas, George Fife (1789–1879), dermawan dan salah seorang pengasas Australia Selatan. Dia lahir di Newcastle upon Tyne, England. Dia menubuhkan South Australian Banking Company pada tahun 1841, dan berpindah ke Australia Selatan pada tahun 1851. Dia memainkan peranan yang aktif dalam hal ehwal awam tanah jajahan dengan menjadi ahli Majlis Undangan sehingga tahun 1866. | UMUM | |
ORANG HELVETIA | Orang Helvetia ialah ahli suku kaum yang pernah tinggal di satu tempat yang terletak di barat daya Switzerland kini. Suku kaum Jermanik mengancam orang Helvetia, dan sejumlah 263 000 orang Helvetia cuba berpindah ke wilayah Rom di Gaul pada tahun 58 S.M. Tentera Julius Caesar membunuh ramai orang Helvetia, dan mereka yang terselamat dipaksa pulang. Semasa di bawah pemerintahan Maharaja Augustus antara tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M., kerajaan Rom menawan seluruh Switzerland. Orang Helvetia pula mula menerima pakai adat Rom dan bahasa Latin. Kadang-kadang penduduk di barat Switzerland yang berbahasa Perancis merujuk kawasan mereka sebagai Helvetia. | UMUM | |
STEINWAY, HENRY ENGELHARD | Steinway, Henry Engelhard (1797–1871) ialah pembuat piano Jerman yang mengasaskan syarikat piano Steinway & Sons. Steinway menubuhkan syarikat ini di New York City pada tahun 1853, kira-kira tiga tahun selepas berpindah ke Amerika Syarikat. Piano ciptaannya terkenal kerana mutunya yang tinggi. | UMUM | |