Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.puas] | برڤواس

Definisi : ; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.puas] | برڤواس

Definisi : berasa puas: Mereka tidak ~ hati dgn cara pelantikan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berpuas


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
QANAAH

sifat berpada-pada iaitu berpuas hati atau reda dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki, yang dapat memenuhi keperluan hidupnya sama ada dari segi makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain

AGAMAKonsep
PERANG DUNIA KEDUAPerang yang berlaku akibat kegagalan Perjanjian Versailles kerana pihak yang terlibat dalam Perang Dunia Pertama tidak berpuas hati dengan perjanjian tersebut.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 
KITAB PEMIMPIN JOHOR

KITAB PEMIMPIN JOHOR, buku yang ditulis oleh Muhammad Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi pada tahun 1871, tetapi tidak dapat disiapkan kerana pertama, penulisnya tidak berpuas hati dengan kandungan buku tersebut sama ada sudah mencukupi dan peraturan-peraturan yang ditulis itu tepat; kedua, banyak pekerjaan jawatankuasa yang perlu dijalankan oleh penulis. Oleh itu, penulis tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap buku ini.

BAHASABahasa
RAJA MAHADI RAJA SULAIMAN

RAJA MAHADI RAJA SULAIMAN (  ? -1882), kerabat diraja Selangor. Dia adalah cucu Sultan Muhammad, Sultan Selangor. Dia juga salah seorang yang terlibat dalam Perang Kelang. Raja Mahadi tidak berpuas hati dengan pendapatan yang diperolehi oleh Raja Abdullah yang mentadbir jajahan Kelang. Ini kerana pada masa jajahan itu ditadbirkan oleh ayahandanya, Raja Sulaiman, pendapatan tidak banyak kerana perlombongan bijih timah belum berkembang. Setelah Sultan Muhammad menyerahkan Kelang kepada Raja Abdullah, dia telah menggalakkan orang Cina mengusahakan lombong bijih timah. Usaha ini telah memajukan daerah Kelang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERANG KEDAH-SIAM

PERANG KEDAH-SIAM, serangan Siam ke atas Kedah.  Perang ini berlaku pada penghujung tahun 1821 dan berlarutan hingga tahun 1839.  Pihak Siam melancarkan serangan ke atas Kedah kerana tidak berpuas hati dengan beberapa perkara tentang hubungan dua hala.  Kedah dikatakan gagal menghantar bunga mas dan perak seperti sewajarnya. Sultan Ahmad Tajuddin yang diminta menghadap raja Siam juga gagal berbuat demikian.  Ini menimbulkan syak pihak Siam terutama adanya berita tentang Sultan Kedah membuat pakatan dengan Burma untuk menentang Siam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
BERJAYABERJAYA,  parti politik.  BERJAYA ialah singkatan bagi Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah.  BERJAYA ditubuhkan pada 15 Julai 1975 oleh bekas pemimpin Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tun Datu Mustapha Datu Harun.  SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas