SUNGAI YALU | Sungai Yalu berpunca dari puncak yang paling tinggi di Changbai Shan, atau Pergunungan Long White di Manchuria. Sungai itu membentuk sebahagian besar sempadan antara Korea Utara dengan Manchuria dan mengalir sepanjang 800 kilometer ke Laut Kuning. Sungai ini menjadi penting semasa Perang Korea (1950–1953). Komunis China menyeberangi Sungai Yalu pada pertengahan bulan Oktober 1950 bagi membantu Korea Utara dalam perang tersebut. | UMUM | |
SUNGAI PARNAIBA | Sungai Parnaiba berpunca dari Pergunungan Tabatinga berhampiran sempadan negeri Goiás, Brazil. Sungai ini mengalir sejauh 1370 kilometer ke timur laut menuju Lautan Atlantik (lihat Brazil [peta]). Ia merupakan sempadan di antara negeri Maranhão dengan negeri Piaui. Cabang utamanya meliputi Sungai Balsas, Gurgueia, Caninde, Poti dan Longa. Kapal mengangkut lilin carnauba, kapas, beras dan tembakau belayar kira-kira sejauh 480 kilometer dari Floriano ke bandar Parnaiba di pinggir Lautan Atlantik. | UMUM | |
SUNGAI ARNO | Sungai Arno berpunca di bahagian Etruscan di Pergunungan Appenine di barat laut Itali. Sungai ini mengalir ke barat kira-kira 240 kilometer lalu masuk ke Laut Liguarian (lihat Itali [peta fizikal]). Hanya kira-kira 32 kilometer dari Sungai Arno adalah sesuai untuk pelayaran. Bandar Florence dan Pisa terletak di sepanjang tebingnya. Lembah Arno yang subur mempunyai ladang anggur dan ladang pokok zaitun dan juga terkenal kerana keindahan pemandangannya. Lihat juga Florence; Pisa. | UMUM | |
PERANG DUNIA PERTAMA | Perang yang berpunca daripada kebangkitan Nasionalisme dan pertelingkahan di kalangan kuasa-kuasa besar Eropah untuk melindungi bangsa masing-masing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
SUNGAI ORD | Sungai Ord, di Australia Barat, berpunca berhampiran Halls Creek dan mengalir ke arah utara sejauh 480 kilometer masuk ke dalam Teluk Cambridge, berdekatan Wyndham. Bersama-sama dengan cabangnya, ia menyaliri kawasan di hulu sungai, Empangan Sungai Ord yang seluas 46 200 kilometer persegi. Sungai Ord merupakan sumber air bagi rancangan pengairan yang besar, direka untuk membekalkan air bagi kawasan tanah seluas 75 000 hektar, khusus ditanami tanaman tropika dan subtropika. Kira-kira 14 000 hektar tanah telah dimajukan. Rancangan pengairan ini termasuklah Empangan Pelencongan Kununurra dan Empangan Sungai Ord. | UMUM | |
PERANG REBUT TAKHTA | Perang rebut takhta. Perang yang berpunca daripada pertikaian terhadap siapa yang harus menaiki (mewarisi) takhta dikenali sebagai perang rebut takhta . Empat perbalahan penting yang berlaku dalam sejarah Eropah yang dikenali dengan nama tersebut, iaitu Perang Rebut Takhta Sepanyol, Perang Rebut Takhta Poland, Perang Rebut Takhta Austria, dan Perang Rebut Takhta Bavaria . | UMUM | |
NORE | Nore ialah sungai di Republik Ireland. Sungai ini berpunca dari banjaran Devilsbit, di Tipperary, dan mengalir ke arah tenggara sejauh 110 kilometer. Sungai ini bersambung dengan Sungai Barrow dan Suir sebelum memasuki laut di Waterford Harbour. | UMUM | |
SEJUK KAKI | Sejuk kaki ialah keadaan penyakit di bahagian bawah kaki yang berpunca daripada terlalu lama terdedah kepada sejuk lembap. Keadaan ini dialami oleh ramai askar yang bertempur di parit pelindung semasa Perang Dunia I (1914–1918). Ia menyerupai reput fros yang ringan hinggalah kepada yang sederhana. Reput fros terjadi akibat terdedah kepada keadaan sejuk kering. Askar, pekerja luar, dan pemburu selalu mengalami sejuk kaki. Ia perlu dirawat seperti reput fros, dengan membersihkan kaki, berehat dan mengembalikan peredaran darah. | UMUM | |
SUNGAI RAJANG | Sungai Rajang, sungai terpanjang di Malaysia. Sungai sepanjang 563 kilometer ini berpunca dari banjaran gunung yang berhampiran dengan sempadan Sarawak dari Indonesia. Ia terdiri daripada dua cabang utama iaitu Sungai Baleh dan Sungai Balui. Panjang sungai ini adalah satu per lima daripada panjang Sungai Amazon (Amerika Selatan) dan Sungai Yangtze, dan hampir satu per tiga panjang Sungai Danube. | UMUM | |
OUSE | Ouse ialah nama empat batang sungai yang utama di England. Sungai Great Ouse berpunca di Northamptonshire dan mengalir sejauh 260 kilometer melalui kaunti Buckinghamshire, Bedfordshire, Cambridgeshire, dan Norfolk sehingga ke Wash. | UMUM | |