Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.ra.pu.ra] | برڤورا- ڤورا

Definisi : berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan dirinya spt (seseorang dsb yg bukannya dirinya yg sebenar), berlagak: seorang ahli sihir ~ menjadi seorang perempuan tua yg peramah; ~ tidak tahu; ~ tidak melihat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.ra.pu.ra] | برڤورا- ڤورا

Definisi : berbuat sesuatu seolah-olah …; melakukan diri spt; berlagak spt: Dia ~ menangis. ~ tidak tahu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pura
Kata Terbitan : berpura-pura, kepura-puraan,

Peribahasa

Longgar sendat,
     lapang bertukul.

Bermaksud :

Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOLNÁR, FERENC

Molnár, Ferenc (1878–1952) ialah penulis drama

Hungary yang terkenal pada zamannya. Dia menulis

drama komedi romantik dengan dialog yang lucu.

Dalam The Guardsman (1910), seorang suami yang

cemburu, berpura-pura menjadi musuhnya sendiri.

The Glass Slipper (1924) mempersembahkan drama

komedi berdasarkan kisah Cinderella. Liliom (1909)

sebuah drama yang lebih serius mengenai taman

hiburan, kemudiannya yang menjadi asas kepada

drama muzikal Rodger dan Hammerstein, Carousel

(1945). Antara drama komedi Molnár yang lain,

termasuklah The Devil (1907), The Swan (1920), dan

The Play’s the Thing (1926).

UMUM 
SURAH AL-MUNAFIQUN

Surah al-Munafiqun ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-63 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

11 ayat. Surah ini dinamakan al-Munafiqun (orang-orang

munafik) kerana ia menceritakan dengan

jelas mengenai orang munafik, iaitu satu nama

hina, yang berpura-pura bagi menyembunyikan

sifat nifak.

UMUM 
MUNAFIK

Munafik, ialah orang yang berpura-pura kerana zahirnya berbeza daripada apa yang terkandung dalam batinnya.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas