Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.sat] | برڤوست

Definisi : 1. seluruhnya berpunca (drpd), semuanya ditujukan atau dikumpulkan (di, pd), bertumpu (pd): kebanyakan cerita yg dikemukakannya ~ pd tema yg sangat sederhana dan biasa sahaja; perbualan mereka biasanya ~ pd soal kenaikan harga barang-barang; 2. mempunyai pusat (di), berkedudukan (di): Yamtuan itu di bawah pengaruh Kompeni Belanda yg ~ di Betawi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.sat] | برڤوست

Definisi : 1 mempunyai pusat: Kerajaan Malaysia ~ di Kuala Lumpur. 2 bertumpu; berpunca: Tema cerita itu ~ pd kehidupan sebuah keluarga kaya yg tidak bahagia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusat (kata nama)
Bersinonim dengan punca, tumpuan, pangkalan, sasaran;,
Kata Terbitan : berpusat, memusatkan, pemusatan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
API (AMERICAN PETROLEUM SYSTEM)Sebuah organisasi yang berpusat di Amerika Syarikat yang menyediakan satu forum kepada industri gas dan minyak supaya memenuhi kehendak polisi negara tersebut.KEJURUTERAANKonsep
ARU (HARU)

Kerajaan lama yang berpusat di daerah Deli moden dan disebut sebagai negeri jajahan Majapahit dalam Negarakertagma (1365). 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
AGENSI YAHUDI

Agensi Yahudi. Agensi Yahudi ialah

pertubuhan Zionis yang berpusat di Baitulmaqdis.

UMUM 
AFAN

Afan ialah nama asal sebuah daerah kerajaan

tempatan yang berpusat di bandar pembuatan

keluli Port Talbot di Wales.

UMUM 
ZWINGLI, HULDREICH

Zwingli, Huldreich (1484–1531) ialah ketua

gerakan Reformasi Protestan. Kerjayanya berpusat

di Switzerland, tetapi mempengaruhi Reformasi di

Jerman, Belanda, dan England.

UMUM 
AMISH

Amish tergolong dalam kumpulan Protestan yang

berasal dari Switzerland, tetapi kini berpusat di

Amerika Syarikat dan Kanada. Mereka juga dikenali

sebagai Old Order Amish . Amish mengajar tentang

kehidupan yang terpisah daripada dunia. Ahli-ahlinya

dilarang pergi berperang, mengangkat sumpah, atau

memegang jawatan awam. Doktrin mereka

menghendaki mereka bertani dan menjalani

kehidupan ringkas. Kaum lelaki Amish menyimpan

janggut dan memakai topi bertepi lebar manakala

kamu wanita memakai gaun labuh dan topi bonet.

Ahli-ahli bertemu di rumah mereka setiap dua

minggu untuk bersembahyang. Mereka membajak

tanah dengan kuda, dan Ordnung (kitab) mereka

melarang mereka menggunakan kuasa elektrik serta

telefon. Mereka mengehadkan pendidikan setakat

usia 15 tahun. Mereka yang mengingkari Kitab

Perjanjian Lama biasanya menyertai golongan

Mennonite (lihat Mennonite ).

UMUM 
OLYMPIAD

Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18

kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba,

agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia.

Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat

tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di

Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan.

Bangunan keagamaan dibina berkelompok di

Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai

Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus.

Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera,

Pelopion, Philippeion, dan altar besar.

UMUM 
OLYMPIA

Olympia ialah lembah yang terletak kira-kira 18

kilometer dari Pirgos, Greece. Pada zaman purba,

agama, politik, dan olahraga berpusat di Olympia.

Sukan Olimpik dilangsungkan di sini setiap empat

tahun sekali. Semua bangunan yang terdapat di

Olympia dibina bagi tujuan pemujaan atau sukan.

Bangunan keagamaan dibina berkelompok di

Altis (dusun suci), yang terletak di tempat Sungai

Cladeus mengalir ke dalam Sungai Alpheus.

Bangunan ini termasuklah kuil Zeus dan Hera,

Pelopion, Philippeion, dan altar besar.

UMUM 
NOK

Nok ialah tamadun Afrika Barat yang telah

berkembang sejak sekitar 500 S.M. sehingga

sekurang-kurangnya tahun 200 M. Nok berpusat di

lembah tempat bertemunya Sungai Niger dan

Sungai Benue. Hari ini Nok adalah nama sebuah

kampung di Nigeria, kira-kira 160 kilometer di timur

laut Baro.

UMUM 
YOGYAKARTA

Yogyakarta (pend. 427 573) ialah bandar yang

terletak di Jawa Tengah, Indonesia. Bandar ini

adalah salah sebuah pusat utama kebudayaan

Jawa. Yogyakarta berpusat di sekitar kraton

(istana) sultan.

UMUM 
1234

Kembali ke atas