Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pu.sing] | برڤوسيڠ

Definisi : 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pu.sing] | برڤوسيڠ

Definisi : 1 bergerak berkeliling; berlegar: Setengah jam lamanya, kapal terbang itu ~ di atas bandar Kuala Lumpur sebelum mendarat di Subang. Selepas ~ di Kuala Lumpur, kami balik semula ke Kelang. 2 bergerak di atas paksinya sendiri (bkn roda, gasing dll); berputar; berkisar: Kipas itu ~ dgn ligatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pusing
Kata Terbitan : berpusing, berpusing-pusing, memusingkan, pusingan, pemusingan,

Puisi
 

Burung merbuk burung merpati,
     Terbang berpusing hala bendang;
Wajah elok menawan hati,
     Siang malam hamba terkenang.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing,
     tak berpaku merayau.

Bermaksud :

Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KIPAS BERSALUR

Kipas bersalur ialah kipas yang berpusing di

dalam peranti bak silinder yang dikenali sebagai

salur. Kipas bersalur biasanya digunakan pada

kenderaan kusyen-udara.

UMUM 
MOTOR SANGKUT

Motor sangkut ialah enjin petrol atau motor

elektrik yang dilekapkan pada buritan bot. Motor

ini menggerakkan aci pemacu menegak yang

menggerakkan kipas. Kipas berpusing dalam air

untuk menggerakkan bot.

UMUM 
ORBIT

Orbit ialah laluan objek semula jadi atau objek

buatan yang bergerak di bawah suatu daya pusat.

Dalam bidang astronomi, istilah orbit merujuk

secara khusus kepada laluan sebarang objek yang

pergerakannya dikawal oleh tarikan graviti objek

lain. Ahli astronomi menamakan salah satu

daripada dua objek yang lebih berjisim itu

sebagai primer , dan objek yang kurang berjisim

itu sebagai sekunder . Bulan, umpamanya, ialah

sekunder dan berpusing mengelilingi primernya,

bumi. Bumi, sebaliknya ialah sekunder yang

bergerak mengelilingi primernya, matahari. Kapal

angkasa menjadi sekunder kepada bumi atau

planet lain, atau sekunder kepada bulan atau

matahari.

UMUM 
MEMINTAL

Memintal ialah proses membuat benang dengan

memulas atau memilin serat tumbuh-tumbuhan atau

haiwan. Ia merupakan satu unsur kesenian yang

paling kuno. Beribu-ribu tahun lamanya benang

dipintal dengan menggunakan spindel. Spindel ini

terdiri daripada kayu licin yang panjangnya dari 23

sentimeter hingga 38 sentimeter. Ia mempunyai

takuk pada satu hujungnya untuk mengait benang

dan batu atau mangkuk dari tanah liat yang dibakar,

dikenali sebagai pusar untuk membuat spindel

berpusing seperti gasing. Pemintal memutar spindel

dengan menggelek-geleknya dengan paha. Orang

Mesir purba menggunakan spindel seperti itu bagi

membuat benang untuk kain yang baik.

UMUM 
MESIN PINTAL

Mesin pintal ialah mesin untuk memintal yarn.

Seperti roda pintal, mesin ini juga dapat digerakkan

dengan injakan kaki atau dengan tangan. Tetapi

mesin pintal ini boleh memintal lebih daripada satu

yarn pada satu-satu masa. Idea untuk memintal yarn

secara berganda ini telah pun difikirkan oleh James

Hargreaves, penenun Inggeris pada tahun 1764. Dia

ternampak bahawa spindel yang tegak dalam roda

pintal yang telah diterbalikkan akan terus berpusing.

Pada tahun 1770, dia mempatenkan mesin yang

berkeupayaan memintal 16 yarn pada satu-satu

masa.

UMUM 

Kembali ke atas