OSELOT | Oselot ialah haiwan bersaiz sederhana dalam famili kucing. Ia dikenali sebagai kucing harimau bintang atau kucing harimau di Amerika. Panjangnya 105 hingga 120 sentimeter termasuk ekor, yang kira-kira 40 sentimeter panjangnya. Oselot tingginya 40 hingga 45 sentimeter pada paras bahu. Oselot hidup di kawasan dari tenggara Arizona dan selatan Texas di Amerika Syarikat, hingga ke Paraguay di Amerika Selatan. Ia menghabiskan sebahagian besar hidupnya di atas tanah, tetapi sering memburu di hutan dan tangkas memanjat. Ia memakan tikus, tikus hutan, arnab, ular, cicak, burung, anak rusa, dan monyet. Di kawasan tropika, makanan kegemarannya ialah agouti. Jika dipelihara sejak kecil, oselot boleh dijinakkan dan menjadi haiwan kesayangan yang sangat baik. | UMUM | |
SASSAFRAS | Sassafras ialah pokok bersaiz sederhana dalam famili laurel. Ia didapati terutamanya di timur Amerika Syarikat. Ia juga tumbuh sebagai pokok renek di sepanjang jalan. Pokok ini hidup subur di hutan lapang di tanah yang lembap, tersalir dengan baik. Ia boleh mencapai ketinggian 30 meter. | UMUM | |
TRILOBIT | Sejenis kumpulan haiwan purbakala bersaiz kecil hidup dalam laut cetek zaman Kambria. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
DALMATIAN | Dalmatian ialah anjing bersaiz sederhana. Anjing ini berwarna putih bertompok-tompok hitam atau merah hati. | UMUM | |
OREN OSAGE | Oren Osage ialah pokok bersaiz kecil hingga sederhana yang ditanam merentasi Amerika Syarikat sebagai pagar pokok, pokok hiasan, dan pokok teduhan. Ia pada asalnya didapati di Texas, Oklahoma, dan Arkansas. Namanya merujuk kepada Orang Asli Amerika Osage di kawasan itu, dan kepada buahnya yang berwarna kuning kehijauan, kelihatan seperti oren, tetapi tidak boleh dimakan. Oren Osage kadangkala dikenali sebagai bodark, bois d’arc, bowwood, atau hedge apple. | UMUM | |
KELINCI KASUT SALJI | Kelinci kasut salji ialah kelinci bersaiz sederhana yang hidup di Amerika Utara. Ia juga dikenal sebagai varying hare. Kelinci kasut salji tinggal di hutan dan paya di Kanada dan utara Amerika Syarikat, termasuk Alaska. Haiwan ini juga ditemui di gunung-ganang di selatan sejauh New Mexico di barat dan Tennessee di timur. Kelinci kasut salji mempunyai kaki belakang yang besar dan berbulu untuk melompat di atas salji. | UMUM | |
TEMBUSU | Tembusu atau juga dikenali sebagai tembusu padang ialah sejenis pokok bersaiz besar yang boleh ditemui di Malaysia, Thailand dan Sumatera. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
ANJING FOXHOUND | Anjing foxhound ialah anjing perburuan yang bersaiz sederhana. Kumpulan anjing pemburu ini memburu musang dengan cara menghidu baunya di atas tanah untuk mengesannya. | UMUM | |
KUPU-KUPU CAWAN | Kupu-kupu cawan ialah kupu-kupu bersaiz kecil hingga sederhana, agak tegap, berbulu berwarna gelap. Australia mempunyai lebih kurang 80 spesies kupu-kupu cawan yang kebanyakannya hidup di kawasan tropika. Beluncas kupu-kupu cawan adalah seperti lintah bulan dengan kepalanya boleh ditarik ke dalam badannya. Ia kelihatan seolah-olah menggelincir di atas daun tempat ia makan kerana kakinya pendek. | UMUM | |
BUTTERNUT | Butternut atau walnut putih ialah pokok rendang bersaiz sederhana yang tergolong dalam famili walnut. Ia hidup di Timur Amerika Syarikat. Kulit pokok butternut yang berwarna kelabu muda mempunyai alur yang lebar, rata, dan berbentuk potongan wajik. Daunnya mempunyai antara 11 hingga 17 anak daun yang berbulu dan melekit. | UMUM | |