Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.san.tai] | برسنتاي

Definisi : , bersantai-santai berbuat apa sahaja dgn bebas tanpa ketegangan, ber­senang-senang (tidak mengalami tekanan atau desakan): apabila persediaan sudah cukup, saya bekerja kadang-kadang ada ~-santai juga, bermalas-malas juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.san.tai] | برسنتاي

Definisi : berbuat sesuatu dgn seenaknya; bersenang-senang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
santai (adjektif)
Bersinonim dengan bebas, rehat, lapang, senggang, lega, terluang;,
Kata Terbitan : bersantai, bersantai-santai, kesantaian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAUNA

Sauna ialah sejenis permandian khas untuk

membersihkan badan dan bersantai. Ia

mengeluarkan peluh melalui kaedah wap.

Perkataan sauna juga merujuk kepada bilik atau

bilik mandi tempat orang mandi wap. Sauna

menjadi tradisi di Finland selama lebih 1000 tahun.

Di tempat-tempat lain pula, ia menjadi ciri di

kebanyakan kelab kesihatan, hotel, dan tempat

peranginan.

UMUM 
REKREASI

Rekreasi ialah sebarang aktiviti yang dilakukan

secara sukarela untuk keseronokan peribadi,

bersantai, atau kepuasan peribadi. Aktiviti-aktiviti

ini biasanya dilakukan pada waktu senggang atau

waktu lapang. Umumnya, manusia perlu bergiat

dalam sesuatu bentuk rekreasi sebagai pelepasan

daripada rutin bekerja atau kerja sekolah.

UMUM 
TAMAN

Taman. Kebanyakan taman merupakan sebidang

tanah yang disediakan kepada orang awam untuk

bersantai. Banyak taman digunakan untuk rekreasi

atau sebagai tempat yang boleh dilawati oleh

pelawat untuk berehat dalam persekitaran semula

jadi. Sesetengah taman pula digunakan untuk acara

kebudayaan dan pendidikan, sukan, rali, dan pesta.

UMUM 
MANDI

Mandi ialah perbuatan mencuci badan. Terdapat

empat jenis mandi yang utama: (1) mandi untuk

kebersihan, (2) mandi perubatan, (3) mandi

bersantai atau berseronok-seronok dan (4) mandi

keagamaan.

UMUM 
MUZIK

Muzik ialah bunyi yang disusun dalam pola yang

menyenangkan ataupun menarik. Muzik menjadi

bahagian penting dalam banyak kegiatan

kebudayaan dan sosial. Manusia menggunakan

muzik untuk menyatakan perasaan dan idea. Muzik

juga digunakan untuk berhibur dan bersantai.

UMUM 

Kembali ke atas