Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.ra] | برسارا

Definisi : minta pertim-bangan (bagaimana baiknya). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ra] | برسارا

Definisi : turut serta (dlm sesuatu per-kongsian dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ra] | برسارا

Definisi : 1. berhenti bekerja (berkhidmat) apabila mencapai umur tertentu (kerana lanjut usia atau atas sesuatu sebab): biasanya apabila kakitangan ini ~, mereka akan dibayar sagu hati; 2. berhenti drpd bergiat dlm sesuatu lapangan (spt kegiatan sukan): bekas juara perseorangan wanita Indonesia itu telah ~ drpd arena badminton baru-baru ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.ra] | برسارا

Definisi : 1 beroleh wang sara; mendapat pencen. 2 ber­henti drpd pekerjaan kerana sudah cukup masanya; berpencen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sara2
Kata Terbitan : bersara, menyara, pesara, bersara,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STEWART, JACKIE

Stewart, Jackie (1939– ), salah seorang

pemandu kereta lumba Britain yang paling berjaya.

Sebelum bersara pada tahun 1973, dia telah

memenangi 27 perlumbaan kejohanan Grand Prix

Dunia dan memenangi gelaran Juara Pemandu

Sedunia sebanyak tiga kali, iaitu pada tahun 1969,

tahun 1971, dan tahun 1973. Dia menjadi naib juara

pada tahun 1968 dan tahun 1972.

UMUM 
ADENAUER, KONRAD

Adenauer, Konrad (1876–1967), menjadi Canselor

Republik Jerman Barat sejak penubuhannya pada

tahun 1949 sehingga dia bersara pada tahun 1963. Di

bawah kepimpinannya, Jerman Barat mendapat

kedaulatannya, mencapai pemulihan ekonomi yang

luar biasa, membangunkan kuasa tenteranya dan

memainkan peranan utama dalam perpaduan Eropah

Barat. Kejayaan Adenauer lebih menakjubkan kerana

dia berusia 73 tahun semasa dia mula menjadi

canselor selama 14 tahun.

UMUM 
MARCIANO, ROCKY

Marciano, Rocky (1923–1969), peninju Amerika,

yang menjadi juara tinju heavyweight dunia dari

tahun 1952 hingga tahun 1956. Dia bersara pada

tahun 1956 selepas memenangi kesemua 49

perlawanan profesionalnya.

UMUM 
SIMPSON, BOBBY

Simpson, Bobby (1936– ) ialah pemain kriket

Australia, menjadi kapten pasukan Australia

dalam 39 ujian. Dia mula mengetuai Australia

pada tahun 1963. Simpson bersara pada tahun

1968 tetapi dipanggil semula bagi mengetuai

Australia melawan India pada tahun 1978 pada

umur 42 tahun. Dia bermain dalam 62 ujian dan

memungut mata larian 4869 pada purata 46.81.

Simpson seorang pelontar, pemain pertahanan,

dan pemukul yang cekap. Dia membuat 71 wiket

pada purata 42.26 dan menangkap 110 pukulan.

Robert Baddeley Simpson lahir di Sydney.

UMUM 
MITTERRAND, FRANÇOIS-MAURICE

Mitterrand, François-Maurice (1916–1996)

ialah Presiden Perancis pada tahun 1981 hingga

tahun 1995. Sebagai ahli Parti Sosialis, Mitterrand

adalah ahli berhaluan kiri yang pertama menjadi

Presiden Perancis sejak tahun 1958. Dia bersara

pada tahun 1995 setelah tamat penggal kedua

pemerintahannya. Jacques Chirac, seorang

konservatif menggantikannya.

UMUM 
SURTEES, JOHN

Surtees, John (1934– ), pelumba motosikal dan

pelumba kereta British, juara dunia bagi motosikal

500 cc pada tahun 1956, 1958, 1959 dan tahun 1960.

Dia juga menyandang kejuaraan dunia untuk

motosikal 350 cc pada tahun 1958, 1959 dan tahun

1960. Pada akhir tahun 1960, dia bersara daripada

perlumbaan motosikal dan bergiat pula dalam lumba

kereta. Dia memenangi gelaran juara lumba kereta

dunia pada tahun 1964. Dia mereka bentuk dan

membina kereta lumbanya sendiri pada tahun 1970.

Surtees lahir di Tatsfield, Surrey, England.

UMUM 
SMITH, JAMES

Smith, James (1827–1897), yang dikenali sebagai

Smith Ahli Falsafah, menjumpai lombong yang

kaya dengan timah di Gunung Bischoff di negara

pulau Australia, iaitu Tasmania pada tahun 1871.

Dia menubuhkan Mount Biscnoff Tin Mining

Company Bischoff pada tahun 1873. Dia menjadi

ahli parlimen dari tahun 1886 hingga tahun 1888

sebelum bersara untuk berladang di Forth. Smith

lahir di George Town, Tasmania dan bekerja

sebagai perantis pengilang tepung dan mencari

gali emas di Victoria.

UMUM 
LIE, TRYGVE

Lie, Trygve (1896–1968), negarawan Norway

yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung

Pertama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Dia

dilantik pada tahun 1946 untuk tempoh selama

lima tahun dan dilanjutkan lagi perkhidmatannya

selama tiga tahun bermula pada tahun 1950. Walau

bagaimanapun, dia mengumumkan peletakan

jawatannya pada tahun 1952 dan mengosongkan

jawatan itu pada bulan April 1953. Soviet Union

menentang Lie kerana sokongannya terhadap

tindakan Amerika Syarikat di Korea Selatan. Lie

bersara dengan harapan dapat mengendurkan

ketegangan antarabangsa.

UMUM 
NEGARAWAN

Negarawan ialah seseorang yang

berpengetahuan luas tentang kerajaan dan politik,

dan memainkan peranan yang amat penting dalam

hal ehwal awam. Kebanyakan orang menganggap

negarawan sebagai seorang yang mengambil

berat terhadap keperluan dan kepentingan negara

secara keseluruhannya. Sebaliknya, mereka

menganggap ahli politik sebagai seseorang yang

mempunyai matlamat parti atau politik sahaja.

Negarawan berumur , yang selalunya telah bersara

daripada bergiat secara aktif dalam kerajaan, akan

terus memberi nasihat berkenaan isu-isu penting.

Jepun membentuk sistem genro , iaitu sebuah

badan yang dianggotai oleh bekas-bekas

pemimpin kerajaan yang memberi nasihat kepada

kerajaan yang sedang berkuasa. Lihat juga senarai

biografi negarawan di hujung kebanyakan rencana

yang berkaitan dengan setiap negara.

UMUM 
ASHE, ARTHUR

Ashe, Arthur (1943–1993), pemain tenis

Amerika, orang kulit hitam pertama memenangi

kejohanan perseorangan kebangsaan lelaki

Amerika. Dia memenangi kejuaraan itu pada

tahun 1968. Pada tahun yang sama, dia bermain

dengan pasukan Amerika Syarikat yang

memenangi Piala Davis (lihat Piala Davis ). Pada

tahun 1975, Ashe menjadi orang kulit hitam

pertama yang memenangi kejuaraan

perseorangan Wimbledon di England. Dia bersara

daripada pertandingan tenis pada tahun 1980.

UMUM 
123

Kembali ke atas