Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sa.rang] | برسارڠ

Definisi : 1. membuat sarang (burung, serangga, binatang kecil, dll), mempunyai sarang: burung tiung ~ di hujung terap; 2. bertempat utk bersembunyi (perompak, penyamun, dll): perompak-perompak itu ~ di dlm sebuah gua; 3. ki mengambil tempat di, menetap di: penyakit malaria sudah ~ dlm tubuhnya; dia tidak berani membiarkan perasaan yg buruk-buruk itu ~ dlm kepalanya; 4. ki duduk dgn senang di: ia ~ dgn leganya di atas sebuah kerusi; 5. kena (pukulan dll), masuk (tikaman, peluru, dll), tembus, lut: kerisnya ~ dlm dada musuh yg menyerangnya; 6. Id masuk gol (dlm permainan bola sepak); 7. = bersarang-sarang berlubang-lubang, banyak lubangnya: saya tengok ~ tengkoraknya bekas peluru; betung bulat tak bersegi, pipit jantan tak ~ prb anak bujang yg bebas berjalan ke mana-mana; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sa.rang] | برسارڠ

Definisi : 1 membuat sarang: Burung murai ~ dlm lubang. 2 bersembunyi: Penyamun-penyamun itu dipercayai ~ di dlm sebuah gua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sarang (kata nama)
1. Bersinonim dengan sangkar: sangkak, kurungan, kandang, reban, pasung, kerangkengan, celung, sangluang, seron, tarang, petarangan, terak, sendong,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan tempat persembunyian, markas, kubang,

Kata Terbitan : bersarang, bersarang-sarang,

Puisi
 

Bukan lebah sebarang lebah,
     Lebah bersarang di pohon dedap;
Bukan sembah sebarang sembah,
     Sembah saya mohon bercakap.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Jikalau tidak berada-ada (= ada berada-ada,
     ada mengada),
masakan tempua bersarang rendah.

Bermaksud :

Tentu ada sebab-sebabnya (sesuatu yang tersembunyi), maka sesuatu itu terjadi demikian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORIOL

Oriol ialah nama dua kumpulan burung hutan

yang berlainan, yang berbulu terang, terutamanya

berwarna kuning dan hitam, atau merah dan hitam.

Oriol Dunia Lama biasanya bersarang tinggi di atas

pokok, sarangnya tergantung di antara dahan yang

bercabang. Atau, ia cenderung bersarang dalam

lubang pada pokok. Oriol bersiul dengan kuat,

yang seakan-akan bunyi seruling. Oriol memakan

buah dan serangga. Oriol keemasan bersarang di

Eropah dan menghabiskan musim sejuk di Afrika.

Oriol Amerika tergolong dalam famili burung

hitam. Lihat Burung hitam.

Pengelasan saintifik. Oriol Dunia Lama tergolong

dalam famili Oriolidae. Oriole Eropah ialah Oriolus

oriolus. Oriole Amerika tergolong dalam famili Icteridae.

UMUM 
PINTAIL

Pintail ialah itik air tawar yang berekor panjang.

Ia terdapat di seluruh Hemisfera Utara dan

bertebaran lebih banyak di dunia daripada lain-lain

jenis unggas air. Di Amerika Utara, banyak pintail

bersarang di Alaska dan Wilayah Yukon.

Sesetengahnya terbang ke timur Siberia di Asia

untuk bersarang dan kemudian kembali ke

Amerika Utara pada musim sejuk.

UMUM 
PERLING

Perling ialah nama bagi kira-kira 80 spesies

burung yang bising dan aktif, bersaiz kecil hingga

sederhana. Banyak spesies perling bersarang

dalam lubang pada pokok.

UMUM 
SEMUT POKOK HIJAU

Semut pokok hijau di kawasan tropika Australia

adalah satu daripada anggota yang paling luar biasa

dalam famili semut. Semut ini tidak bersarang dalam

tanah, sebaliknya ia membuat sarang di atas pokok

dengan menjambakkan daun dan mengikatnya

dengan bebenang bak sutera. Ia akan menyerang

apa-apa sahaja yang mengusik sarangnya.

UMUM 
BURUNG RINEK

Burung rinek juga dikenali sebagai burung

ular, ialah nama dua spesies burung kecil. Satu

jenis hidup di Eropah dan satu lagi hidup di Afrika.

Burung rinek bersarang dalam pokok berlubang.

UMUM 
TEBUAN

Tebuan ialah nama bagi mana-mana satu

daripada beberapa penyengat sosial yang besar.

Pada asalnya nama ini diberi kepada tebuan

Eropah tetapi kini ia merujuk kepada banyak

penyengat yang besar. Tebuan bersarang di atas

pokok-pokok atau di cucur atap atau di kasau

rumah.

UMUM 
YELLOWLEGS

Yellowlegs ialah nama bagi dua jenis burung

pesisir. Burung ini mempunyai tanda-tanda hitam

dan putih dan kaki yang panjang berwarna

kuning. Ia hidup di sepanjang pesisir dan rawang

dalam penerbangannya ke utara pada musim

bunga untuk bersarang di utara Amerika Utara.

UMUM 
MERBUK BALAM

Merbuk balam ialah merbuk kecil yang

membiak di hutan jarang dan desa lapang di

Eropah, barat Asia, dan utara Afrika. Merbuk

balam berhijrah, biasanya berkumpulan, ke

selatan Afrika tengah pada musim sejuk. Ia

terbang pantas dan terbang terus sambil

mengibas-ngibaskan sayapnya. Merbuk balam

memakan biji rumpai dan biji-bijian. Bunyi

kukurannya biasa kedengaran pada musim bunga.

Ia bersarang di belukar dan dusun. Merbuk balam

betina biasanya bertelur dua biji di atas pelantar

nipis yang dibuat daripada ranting dan rumput.

Kedua-dua, merbuk balam jantan dan betina

menjaga anaknya. Merbuk meratap di Amerika

Utara kadangkala tersilap dinamakan sebagai

merbuk balam.

UMUM 
TAMAN NEGARA YELLOWSTONE

Taman Negara Yellowstone di Wyoming,

Amerika Syarikat ialah taman negara yang tertua di

dunia. Taman ini terkenal kerana terdapat banyak

keajaiban semula jadinya. Taman ini mempunyai

lebih banyak geiser dan kolam air panas daripada

mana-mana tempat di dunia. Antara tarikan

pemandangan yang menakjubkan di Yellowstone

ialah ngarai yang dalam, air terjun yang menderam,

tasik yang berkilauan, dan kawasan rimba yang

sentiasa menghijau, saujana mata memandang, yang

diselang-seli dengan padang rumput yang luas.

Taman ini meliputi kawasan seluas 900 000 hektar.

Yellowstone juga ialah hutan simpan hidupan yang

terbesar di Amerika Syarikat. Beruang, rusa, dan

kerbau liar, bebas merayau-rayau di taman itu,

helang botak, angsa, dan burung undan putih

bersarang di sana.

UMUM 

Kembali ke atas