MARX BERSAUDARA | Marx bersaudara ialah tiga bersaudara Amerika yang terkenal kerana telatah lucu mereka dalam filem. | UMUM | |
LUMIÉRE BERSAUDARA | | UMUM | |
RINGLING BERSAUDARA | Ringling bersaudara ialah sekumpulan lima adik-beradik yang menubuhkan sarkas paling terkenal dalam sejarah hiburan Amerika Syarikat. Mereka ialah Albert (1852–1916), Otto (1858–1911), Alfred (1861–1919), Charles (1864–1926), dan John (1866–1936). Dedikasi serta kemahiran pengurusan organisasi membantu mereka membentuk satu kumpulan kecil pembuat persembahan yang menjadi salah sebuah sarkas terunggul di dunia. | UMUM | |
MONTGOLFIER BERSAUDARA | Montgolfier bersaudara ialah pembuat kertas Perancis yang mencipta belon udara panas. Jacques Étienne Montdolfier (1745–1799) dan Joseph Michel Montgolfier (1740–1810) menjalankan eksperimen dengan beg besar yang berisi gas panas yang dihasilkan oleh benang bulu biri-biri dan jerami yang dibakar. | UMUM | |
STANLEY BERSAUDARA | Stanley bersaudara ialah pereka dan pengilang rakyat Amerika yang mencipta enjin stim Stanley, salah satu kereta berkuasa stim paling terkenal. Mereka berdua ialah saudara kembar. | UMUM | |
DODGE BERSAUDARA | Dodge bersaudara ialah perintis dalam pembuatan kereta. John Francis Dodge (1864–1920) dan Horace Elgin Dodge (1868–1920) lahir di Michigan, Amerika Syarikat. | UMUM | |
BRONTË BERSAUDARA | Brontë bersaudara ialah tiga adik-beradik yang menjadi novelis terkenal – Charlotte (1816–1855), Emily (1818–1848), dan Anne (1820–1849). | UMUM | |
KITTY HAWK | Kitty Hawk, Carolina Utara, Amerika Syarikat lihat Kapal terbang (Wright bersaudara); Wright bersaudara. | UMUM | |
SMITH | Smith ialah nama keluarga dua bersaudara Australia yang membuat penerbangan pertama antara United Kingdom (UK) dengan Australia. Pada tahun 1919, kerajaan persekutuan Australia menawarkan hadiah kepada rakyat Australia yang berjaya terbang dari United Kingdom ke Australia dalam 30 hari. Kedua-dua bersaudara itu, bersamasama James Bennett dan Wallace Shiers, menerbangkan pesawat pengebom Vimy Vickers dari United Kingdom ke Australia dalam masa 28 hari. Hanya mereka berdua berjaya melengkapkan penerbangan dalam masa yang ditetapkan. Keduadua bersaudara itu dikurniakan darjah kesateria kerana kejayaan mereka. | UMUM | |
SUKU | Suku ialah satu kumpulan manusia yang bersaudara melalui nenek moyang yang sama. Sesetengah suku merupakan matrilineal (pertalian persaudaraan melalui nasab ibu). Suku yang lain ialah patrilineal (pertalian persaudaraan melalui nasab bapa). Ahli sesuatu suku dapat merasakan hubungan yang rapat antara satu sama lain, dan biasanya mempunyai semangat perpaduan yang utuh walaupun mereka mungkin tinggal berjauhan. Mereka sering berkongsi harta benda atau hak-hak istimewa. Kebanyakan suku dikatakan eksogami, iaitu ahli suku mesti berkahwin di luar suku. Suku sering dinamai mengikut totem (haiwan atau tumbuhan simbolik). Orang Asli Amerika mempunyai suku dikenali sebagai suku Bear atau suku Tobacco. | UMUM | |