Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.be.la.han] | برسبلهن

Definisi : berada di sebelah; di samping atau di sebelah sesuatu yg lain letaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersebelahan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TIANG SAMBUT

Tiang sambut ialah tiang atau pelantar yang

dibina sebagai asas bagi struktur berat. Ia boleh

membentuk sokongan bagi rentang bersebelahan

sesebuah jambatan atau tiang asas sesebuah

bangunan. Syarikat pembinaan menggunakan mesin

penggerudi yang sangat besar untuk mengorek syaf

berbentuk bulat untuk membuat tiang sambut bagi

bangunan tinggi seperti bangunan pencakar langit,

dan kadangkala menggerudi sedalam 30 meter atau

lebih. Kebanyakan tiang sambut moden dibuat

daripada konkrit.

UMUM 
TELUK

Teluk ialah sebahagian daripada laut, tasik, atau

kumpulan air yang sama yang membentuk satu

lekuk di garis pesisir dan disempadani oleh

tanjung atau tanjung tinggi. Teluk biasanya terjadi

apabila paras air bagi sesuatu kumpulan air naik

melebihi paras tanah yang bersebelahan dan

menenggelamkannya.

UMUM 
PERANG TELUK PARSI

Perang Teluk Parsi berlaku pada awal tahun

1991 antara Iraq dengan gabungan 39 buah

negara yang ditubuhkan terutamanya oleh

Amerika Syarikat dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu (PBB). Perang berlaku terutamanya di Iraq

dan Kuwait, negara kecil yang kaya dengan

minyak, yang telah diserang dan diduduki oleh

Iraq . Kedua-dua negara ini terletak bersebelahan

antara satu sama lain di hujung utara Teluk Parsi.

Negara utama dalam gabungan tersebut yang

menewaskan Iraq termasuk Mesir, Perancis, Arab

Saudi, Syria, United Kingdom dan Amerika

Syarikat.

UMUM 
BUKIT SILBURY

Bukit Silbury di Wiltshire, England ialah anak

bukit terbesar yang dibuat oleh orang zaman purba

di Eropah. Bukit itu terletak bersebelahan dengan

jalan Bath, 10 kilometer ke barat Marlborough.

UMUM 
ANNAPURNA I

Annapurna I , puncak gunung setinggi 8078

meter dan merupakan gunung yang kesebelas

tertinggi di dunia. Puncak ini terletak di

pergunungan Himalaya. Annapurna I terletak di

bahagian tengah Nepal dan membentuk

sebahagian daripada kumpulan gunung

Annapurna. Orang Nepal menggelar puncak

gunung yang diselubungi salji ini Dewi Penuaian,

kerana mereka percaya puncak ini mengawasi

ladang tanaman di penara subur di Pokhara yang

terletak bersebelahan. Pada tahun 1950, satu

ekspedisi 11 orang yang dipimpin oleh Maurice

Herzog dari Perancis mendaki Annapura. Sebelum

Puncak Everest didaki pada tahun 1953,

Annapurna adalah puncak yang paling tinggi

pernah didaki. Lihat juga Gunung (jadual gambar

rajah).

UMUM 
STEREOSKOP

Stereoskop ialah sejenis peranti pandang optik

yang menjadikan gambar seolah-olah mempunyai

tiga dimensi. Kamera biasa hanya melihat benda

dalam bentuk permukaan yang rata dan tidak

sepertimana mata kita melihat benda. Walau

bagaimanapun, dua kamera yang diletakkan tidak

jauh daripada satu sama lain boleh bertindak

seperti mata kita. Kamera ini boleh mengambil

gambar objek yang sama pada waktu yang sama.

Kedua-dua gambar ini diletakkan bersebelahan dan

dilihat melalui satu peranti yang dikenali sebagai

stereoskop. Kedua-dua pandangan ini memasuki

mata tanpa menyakitkannya dan imej mental yang

terhasil kelihatan seperti tiga dimensi. Individu

yang menggunakan stereoskop boleh melihat

sekeliling semua benda.

UMUM 
DATO' MUDA LINGGI

DATO’ MUDA LINGGI, jawatan yang diwujudkan oleh orang dari Pulau Riau yang merantau ke Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Jawatan ini juga dikenal sebagai Dato’ Sitiawan atau Orang Kaya Luak Linggi. Ketua pemerintah Sungai Ujong, Dato’ Kelana Leha (1780-1800) mengarahkan mereka membuka perkampungan di tepi Sungai Linggi bersebelahan Sungai Ujong pada tahun 1783, dan mereka diketuai oleh Dato’ Awaluddin.

    

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
HABIB NOH

HABIB NOH (  ?   - 1870), ulama Singapura. Ibu bapanya berasal dari Palembang, tetapi dia lahir dalam kapal semasa ibunya ke Pulau Pinang. Nama sebenarnya ialah Noh bin Muhammad. Nama Noh mengambil sempena Nabi Noh. Dia seorang ulama yang terkenal di Singapura dan setelah dia meninggal dunia, dia dianggap sebagai ‘keramat’. Beberapa catatan sejarah mengatakan dia mula menetap di Kampung Kaji  di Singapura bersebelahan Masjid Sultan, pada awal tahun 1880-an. Semasa kecil Habib Noh dipelihara oleh saudara ibunya bernama Sharifah Seha. Ramai dari kaum kerabat Habib Noh menetap di Pulau Pinang di kawasan Burmah Road.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas