MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH | Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merupakan pihak berkuasa tempatan yang mentadbir pembangunan, dan perancangan seluruh kawasan Daerah Melaka Tengah. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
PALESTIN, SEJARAH | Palestin, Sejarah ialah bumi Arab yang bersejarah, terletak di hujung timur Laut Mediterranean. Palestin dianggap salah satu kawasan bersejarah terkemuka di dunia kerana di situ muncul dua agama besar, iaitu agama Yahudi dan Nasrani. Ia merupakan tanah suci dan tempat yang banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang tertera di dalam kitab-kitab suci. Di Palestin juga terdapat tempat-tempat suci orang Islam, iaitu Masjid al-Aqsa, kiblat pertama dan tanah haram ketiga selepas Makkah dan Madinah serta tempat Rasulullah SAW diperjalankan dalam perjalanan Israknya. Lihat Masjid al-Aqsa. | UMUM | |
RHINELAND | Rhineland ialah kawasan bersejarah yang kini adalah Jerman. Ia terletak di sepanjang Sungai Rhine dan mengunjur ke barat, ke sempadan Belgium, Perancis, Luxembourg, dan Belanda (lihat Jerman [peta fizikal]). | UMUM | |
ALAMO | Alamo merupakan struktur bersejarah yang terletak di tengah-tengah San Antonio, Texas, Amerika Syarikat. Suatu pertempuran yang terkenal berlaku di sini pada bulan Mac 1836, semasa Perang Kemerdekaan Texas. | UMUM | |
MACEDONIA | Macedonia ialah kawasan bersejarah di Semenanjung Balkan di bahagian tenggara Eropah. Kawasan ini meliputi seluruh bahagian negara yang juga dikenali sebagai Macedonia, dan juga bahagian utara Greece dan barat daya Bulgaria. Negara Macedonia mempunyai keluasan 25 713 kilometer persegi. Macedonia Greece meliputi kawasan seluas 34 203 kilometer persegi dan Macedonia Bulgaria seluas 6480 kilometer persegi. Kawasan Macedonia menjadi kuat pada zaman purba, apabila pemimpinnya Iskandar Agung menakluki sebahagian besar Asia dan menyebarkan budaya Yunani dan Macedonia di seluruh empayarnya. | UMUM | |
MONUMEN | Monumen ialah struktur, biasanya bangunan atau patung, yang dibina untuk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa. Monumen Kebangsaan ialah tempat bersejarah, saintifik, atau pemandangan menarik yang dirizab oleh kerajaan sebagai harta awam. Ini termasuk struktur seperti istana bersejarah dan ciri-ciri semula jadi seperti ngarai. | UMUM | |
PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN | Perisytiharan Kemerdekaan ialah dokumen bersejarah bagi tanah jajahan British di Amerika yang mengisytiharkan kebebasan daripada pemerintahan British. Kongres Benua Kedua adalah satu perjumpaan perwakilan dari setiap tanah jajahan yang menetapkan hari perisytiharan itu pada 4 Julai 1776. Tarikh ini diraikan sebagai tarikh kelahiran Amerika Syarikat. | UMUM | |
PERJALANAN DURA BESAR | Perjalanan Dura Besar ialah perjalanan bersejarah ke pedalaman Afrika Selatan oleh peladang berbangsa Belanda. Mereka melakukan Perjalanan Dura Besar ’ (perjalanan jauh) terutamanya kerana mereka mahu lari daripada pemerintahan British di Cape Colony. Dari tahun 1835 hingga tahun 1838, kira-kira 10 000 orang melakukan perjalanan yang panjang dan sukar ini dengan kereta lembu. Kemudian, mereka dikenali sebagai Voortrekker , perkataan yang bermaksud peneroka awal dalam bahasa Afrikaans (lihat Bahasa Afrikaans ). | UMUM | |
TAXCO | Taxco (pend. 86 864) ialah bandar perlombongan perak yang bersejarah lebih kurang 110 kilometer ke barat daya Mexico City. Nama rasminya ialah Taxco de Alarcón. Untuk lokasi, lihat Mexico (peta politik). | UMUM | |
ZANZIBAR | Zanzibar (pend. 133 000) ialah sebuah bandar pelabuhan yang bersejarah terletak di pantai barat Pulau Zanzibar, iaitu sebahagian daripada Tanzania. | UMUM | |