Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ko.lah] | برسکوله

Definisi : 1. (mulai) menuntut di sekolah, pergi ke sekolah: kanak-kanak yg baru ~ terpaksa mengubah kebiasaan mereka; 2. berpendidikan atau berpelajaran (kerana terlatih di sekolah): orang-orang yg ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.ko.lah] | برسکوله

Definisi : 1 belajar di sekolah: Gadis itu masih ~. 2 berpendidikan; berpelajaran: orang-orang yg ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sekolah (kata nama)
Bersinonim dengan madrasah, perguruan, kolej, maktab, sekolah pondok;,
Kata Terbitan : bersekolah, menyekolahkan, persekolahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISHTIAQ MUBARAK AHMAD

Ishtiaq Mubarak Ahmad (1948-  ), jaguh sukan olahraga. Beliau mula bergiat dalam sukan olahraga sejak bersekolah di Sekolah Jalan Pasar, Kuala Lumpur.

SUKANTokoh
MUHAMMAD SYAWQIY

Muhammad Syawqiy (1244 H.–1304 H./1828 M.–

1887 M.) ialah penulis khat agung Turki. Dia terkenal

dengan bidang kesenian penulisan khat Arab.

Selepas itu hasil kerjanya lebih dikenali dengan

nama “Madrasah Syawqiy” (Sekolah Syawqiy).

Muhammad Syawqiy lahir di Saiyidlar, Laut Hitam

dan berpindah ke Istanbul semenjak kecil kerana

bersekolah. Dalam masa itu juga dia mempelajari

khat melalui bapa saudaranya Muhammad Khalusiy

hingga dia mendapat ijazah pada tahun 1841 M.

Selepas itu, dia menolak untuk belajar dengan

sesiapa pun kerana mengiktiraf bapa saudaranya

yang serba berkebolehan. Dia hanya belajar

daripada penulis khat ternama seperti al-Hafiz

Uthman, Ismail al-Zuhdiy dan Mustafa Raqim

sehingga dia mampu mencipta cara tersendiri

dalam penulisan dan diikuti orang lain selepasnya.

UMUM 
BOECHARIBOECHARI (1927-1990-an), ahli arkeologi Indonesia.  Dia lahir pada 24 Mac 1927 di kabupaten Rembang, pesisir utara Jawa Tengah, Indonesia. Nama penuhnya ialah Boechari Martodihardjo.  Dia mula bersekolah di Hollandsche Inlandsche Kweekschool (HIK), Yogyakarta pada tahun 1964 dan selepas itu ke Sekolah Menengah Atas (SMA), Yogyakarta pada tahun 1950.  Kemudian, dia melanjutkan pengajiannya di Fakultas Sastra, Universitas Indoensia dan lulus pada tahun 1958.BAHASATokoh
SULTAN HAMENGKU BUWONO IXSULTAN HAMENGKU BUWONO IX (1912-1988), Sultan dan Kepala Daerah Istimewa Yogyakarta, Indonesia. Baginda diputerakan pada 12 April 1912 di Yogyakarta, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Gusti Raden Mas Dorodjatun. Sejak berusia empat tahun, Dorodjatun tidak pernah dididik di lingkungan keraton. Baginda mendapat pendidikan di Sekolah Frobel. Dalam usia enam tahun, baginda bersekolah di Europese Lagere School (ELS). Setelah tamat, baginda melanjutkan pelajarannya di Hogere Burger School (HBS) di Semarang, kemudian pindah ke HBS di Bandung.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
DATUK SUTAN MAHARADJA

DATUK SUTAN MAHARADJA (1860 -1921), pelopor persuratkhabaran Melayu di Sumatera, Indonesia. Dia lahir di Sulit Air, Sumatera, Indonesia. Dia bersekolah Eropah di Kota Padang pada tahun 1873. Meskipun tidak tamat, dia belajar hukum daripada seorang jaksa dan peguam. Pada tahun 1882, Datuk Sutan Maharadja dilantik sebagai pembantu jaksa di Indrapura dan sebagai jaksa di Padang dan Pariaman, hingga tahun 1891. Dia bekerja sebagai wartawan Palita Ketjil, akhbar Melayu yang tertua di Sumatera (pertama terbit awal 1880-an). Melalui Palita Ketjil, dia melawan pemikiran agama yang antitarekat dan adat matrilineal yang disuarakan oleh seorang ulama Minangkabau, Syekh Ahmad Chatib. Pada tahun 1895, dia bekerja dengan Warta Berita, dan pada tahun 1904, dia bekerja dengan Tjaja Soematera. Melalui akhbar ini, dia melancarkan ‘revolusi adat demokratis’ melawan keabsahan kedudukan Tuanku Panglima Regen, penguasa peribumi tertinggi dan bangsawan Padang.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ZAINAL ABIDIN SAFARWANZAINAL ABIDIN SAFARWAN (1932-     ), ahli perkamusan.  Dia lahir pada 27 Jun 1932 di Singapura. Dia bersekolah Melayu dan memasuki Special Malay Class di Victoria School Singapura hingga tamat Sijil Persekolahan pada tahun 1952.  Zainal Abdidin mula bekerja dengan majalah Bulanan Malaya Di Singapura sebaik sahaja tamat persekolahan.  Apabila majalah itu ditutup pada tahun 1965 dia berpindah ke majalah Radio Weekly.  Pada tahun 1968, dia berpindah pula ke Berita Harian di Kuala Lumpur, sehinggalah dia bersara pada tahun 1987.BAHASATokoh
MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN

MUNSYI MUHAMMAD SAID DADA MUHYIDDIN  (   ?  -1888), penerbit dan pengarang akhbar Melayu. Dia lahir dan bersekolah di Pulau Pinang. Muhammad Said berketurunan India Muslim. Dia kemudian melanjutkan pengajiannya dengan cara berguru kepada seorang hakim di Kedah. Dia mempunyai pengetahuan dan berpengalaman luas kerana dia gemar mengembara. Dia mengembara sampai ke Aceh, Deli, Serdang, Batu Ara, Asahan dan beberapa negeri Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Selain mendalami pengetahuan bahasa Melayu, Muhammad Said boleh berbahasa Inggeris, Hindustan dan Arab. Dia pernah mengajar di Raffles Institution dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu. Kecintaannya yang mendalam terhadap ilmu menjadikan dia berminat dalam bidang persuratkhabaran.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BAHA ZAIN, DATO'

BAHA ZAIN, Dato’ (1939 -     ), penyair dan pengkritik kesusasteraan. Dia lahir pada 22 Mei 1939 di Batu 15, Hutang Melintang, Perak. Nama sebenarnya ialah Baharuddin bin Zainal. Anak bongsu daripada satu keluarga sederhana ini, mula bersekolah Melayu di Sabak Bernam, Selangor hingga tamat Darjah Empat pada tahun 1949. Ketika berusia 11 tahun, dia memasuki Anglo-Chinese School, Teluk Anson hingga lulus Sijil Persekolahan pada tahun 1957. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, dia belajar di Sekolah Anderson, Ipoh dalam Tingkatan Enam. Dia memasuki Universiti Malaya pada tahun 1960 dan berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963.

SASTERAKonsep
AWANGKU MERALI PENGIRAN MOHAMED

AWANGKU MERALI PENGIRAN MOHAMED  (1954 -    ), penulis. Dia lahir pada 18 Ogos 1954 di Lawas,  Bahagian Limbang, Sarawak. Awangku Merali mula bersekolah di Sekolah Rendah Kerajaan Dato’ Muhammad, Trusan, Limbang, dan lulus Darjah Enam pada tahun 1967. Dari tahun 1968 hingga tahun 1970, dia belajar di Sekolah Menengah Lawas,  kemudian melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Limbang, hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1972. Setelah itu dia meneruskan persekolahannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri, Sarawak (1973 – 1974).

SASTERAKonsep
YAHYA NAZIMYAHYA NAZIM (1919-    ), nasionalis.  Dia lahir pada 29 Mac 1919 di Batu 13, Hulu Langat, Selangor.  Yahya mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Hulu Langat hingga Darjah Lima. Dia kemudiannya memasuki kelas khas untuk menjadi guru di Dusun Tua.  Pada tahun 1935, dia belajar di sekolah pondok di Batu Hampar, Kedah.  Pada tahun 1937, dia bersekolah di Gunung Semanggol, Perak. Dia dipilih menjadi ketua pelajar di sekolah tersebut.  Pendidikannya terjejas kerana sekolah ini terpaksa ditutup apabila Jepun menduduki Tanah Melayu.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12

Kembali ke atas