NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU | NEGERI-NEGERI MELAYU TIDAK BERSEKUTU , istilah yang digunakan oleh pihak British di Semenanjung Tanah Melayu bagi merujuk kepada negeri-negeri yang tidak menyertai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang telah dibentuk pada tahun 1896 untuk mengukuhkan kekuasaan British. Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu terdiri daripada Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU | NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU , satu unit pentadbiran yang terdiri daripada empat negeri di Semenanjung Tanah Melayu iaitu, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Unit pentadbiran ini ditubuhkan oleh pihak penjajah British pada 1 Julai 1896. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
MARA, RATU SIR KAMISESE | Mara, Ratu Sir Kamisese (1920–2004), ketua Parti Bersekutu yang berpengaruh, dan menjadi perdana menteri Fiji yang pertama selepas koloni British itu mencapai kemerdekaan pada tahun 1970. | UMUM | |
NUMIDIA | Numidia ialah kawasan di utara Afrika pada zaman purba. Ia meliputi sebahagian Algeria kini. Numidia bersekutu dengan Carthage yang berjiran dengannya apabila Perang Punic Kedua antara Carthage dengan Rom yang bermula pada tahun 218 S.M. Tetapi, Massinissa, ketua kaum Numidia , berpihak kepada jeneral Rom, Publius Cornelius Scipio. Sebagai balasan kerana menjadi sekutu Scipio, Massinissa diberi ganjaran wilayah dan menjadi raja bagi seluruh Numidia kira-kira pada tahun 200 S.M. Pada tahun berikutnya, orang Numidia membantu Scipio mengalahkan orang Carthage, yang diketuai oleh Hannibal, di Zama yang terletak di utara Afrika. | UMUM | |
PERSIDANGAN YALTA | Persidangan Yalta ialah salah satu mesyuarat yang paling penting bagi para pemimpin utama pihak Bersekutu semasa Perang Dunia II (1939–1945). Pemimpin ini terdiri daripada Presiden Franklin D. Roosevelt dari Amerika Syarikat, Perdana Menteri Winston Churchill dari Great Britain, dan Perdana Menteri Joseph Stalin dari Kesatuan Soviet. Negara- negara tersebut dikenali sebagai “ Tiga Kuasa Besar”. Rundingan itu diadakan di Yalta, tempat peranginan Laut Hitam yang terkenal di Krimea, dari 4 hingga 11 Februari 1945. | UMUM | |
SWETTENHAM, SIR FRANK | Swettenham, Sir Frank (1850–1946) ialah pentadbir British yang diakui sebagai “bapa dan pengasas Malaya moden”. Pada tahun 1874, dia telah dilantik sebagai penolong residen (penasihat) negeri Selangor. Mulai dari tahun seterusnya, kerjayanya tertumpu pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Dia mendakwa supaya diberi penghormatan kerana mewujudkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Dia ialah Residen Jeneral yang pertama bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dari tahun 1896 hingga tahun 1900. Pada tahun 1901, dia dilantik sebagai Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Tanah Melayu. Dia bersara pada tahun 1904. | UMUM | |
EJAAN RUMI WILKINSON | EJAAN RUMI WILKINSON, sistem ejaan Rumi yang pertama bagi bahasa Melayu di Persekutuan Tanah Melayu. Sistem ejaan ini hasil daripada usaha yang dilakukan oleh kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) yang membentuk sebuah Jawatankuasa Ejaan Rumi, diketuai oleh R.J. Wilkinson, pada tahun 1904. Sistem ejaan tersebut kemudiannya diberi nama Sistem Ejaan Rumi Wilkinson. Sistem tersebut digunakan dalam A Malay English Dictionary (Romanised) yang disusun oleh R.J. Wilkinson, kemudian menjadi dasar kepada Sistem Ejaan Rumi Za’ba atau Sistem Ejaan Sekolah.
| BAHASA | Bahasa |
PERTUBUHAN PERJANJIAN ATLANTIK UTARA (NATO) | Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menyediakan kepimpinan ketenteraan yang bersatu untuk pertahanan bersama 16 buah negara Barat. NATO ditubuhkan pada tahun 1949 oleh negara yang bersekutu di bawah pakatan ini. Pakatan ini menyediakan pertahanan bersama terhadap kemungkinan serangan oleh Kesatuan Soviet atau penyerang yang lain. Menurut pakatan ini, serangan bersenjata yang dilakukan ke atas satu atau lebih negara anggota di Eropah atau Amerika Utara akan dianggap sebagai serangan ke atas kesemua negara anggota dalam perikatan ini. | UMUM | |
PERSHING, JOHN JOSEPH | Pershing, John Joseph (1860–1948), mengetuai Pasukan Ekspedisi Amerika (A.E.F.) di Eropah semasa Perang Dunia I. A.E.F. merupakan Tentera Amerika Syarikat yang pertama dihantar ke Eropah. Jeneral Tentera Bersekutu ingin menggunakan tentera Amerika untuk menggantikan tenteranya yang diserang bertalu-talu, tetapi Pershing bertegas bahawa Tentera Amerika harus bertempur secara berasingan kecuali kerana kes tertentu. Dia percaya bahawa kesedaran tentang wujudnya Tentera Amerika yang semakin kuat akan melemahkan semangat tentera Jerman. | UMUM | |
PERJANJIAN PERSEKUTUAN (1948) | Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963). | UMUM | |