Perjanjian Persekutuan (1948), perjanjian bagi menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 untuk menggantikan Malayan Union . Perjanjian ini melaksanakan bentuk kerajaan Persekutuan dengan menggabungkan semua negeri-negeri Melayu, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang , Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan ke dalam satu unit. Dengan itu terhapuslah konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat, yang wujud sejak tahun 1796 di Semenanjung Tanah Melayu. Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu adalah asas pembentukan negara Tanah Melayu yang merdeka (1957) dan pembentukan Malaysia (1963). |