SUDAN | Sudan ialah negara yang terbesar di Afrika dari segi keluasan. Ia terletak di bahagian timur laut benua tersebut. Sudan mempunyai ciri geografi yang sangat berbeza-beza. Wilayahnya berselerak merentasi gurun yang luas di utara, dataran berumput di kawasan tengah, hutan berbahang dan paya di selatan. Sungai Nil adalah ciri geografi yang sangat penting bagi Sudan. Khartoum, ibu negara Sudan, dan Ondurman, bandar terbesar, terletak di tebing Sungai Nil. Kebanyakan penduduk Sudan tinggal berdekatan Sungai Nil atau salah satu daripada cabangnya. | UMUM | |
THALES | Thales (625? S.M.–546? S.M.) ialah ahli falsafah Yunani yang paling awal diketahui. Dia lahir di Miletus , Asia Kecil. Segala maklumat yang diketahui tentang Thales diperoleh daripada laporan ringkas dan berselerak oleh ahli sejarah dan ahli falsafah terkemudian. | UMUM | |
MONAGHAN | Monaghan adalah kaunti di utara Republik Ireland. Ia adalah salah sebuah kaunti daripada tiga buah kaunti provinsi Ulster dan bukannya sebahagian Ireland Utara. Kebanyakan muka buminya sesuai untuk bercucuk tanam. Perkampungan yang berselerak dan bandar-bandar kecil terletak dalam kawasan penternakan. Bandar Monaghan ialah pusat bandar terbesar. | UMUM | |
REPUBLIK AFRIKA TENGAH | Republik Afrika Tengah ialah negara yang jarang penduduknya di tengah Afrika. Sebahagian besar Republik Afrika Tengah adalah dataran tinggi yang luas dan beralun dan diselang-seli oleh lembah sungai yang dalam. Rumput dan pokok yang tumbuh berselerak menutupi sebahagian besar negara ini. Hutan hujan yang tebal terdapat di barat daya, dan bahagian timur laut yang paling jauh adalah kering-kontang. Antelop, kerbau, gajah, gorila, singa, badak sumbu, dan haiwan liar lain hidup di Republik Afrika Tengah. | UMUM | |
POLINESIA PERANCIS | Polinesia Perancis ialah wilayah seberang laut kepunyaan Perancis. Wilayah ini terletak di Lautan Pasifik, kira-kira 4500 kilometer ke selatan Hawaii. Untuk lokasi, lihat Kepulauan Pasifik (peta). Wilayah ini terdiri daripada kira-kira 120 buah pulau yang berselerak merentangi kawasan seluas kira-kira sebesar barat Eropah. Pulau ini terdiri kebanyakannya daripada gugusan kepulauan Austral, Gambier, Marquesas, Society, dan Tuamotu. Papeete, di Tahiti – salah sebuah pulau dalam Kepulauan Society – ialah ibu wilayah ini. | UMUM | |
BOLIVIA | Bolivia ialah negara yang terletak berhampiran dengan bahagian tengah Amerika Selatan. Ia tidak mempunyai pantai dan justeru itu, ia berhadapan dengan sekatan pengangkutan yang semula jadi. Di barat Bolivia, tersergam Pergunungan Andes yang hebat dan agung, berlitup an salji, mengelilingi sebuah penara yang tinggi lagi kering. Sebuah dataran tanah pamah yang luas, meliputi kawasan utara dan timur Bolivia. Hutan hujan tropika tumbuh subur di bahagian utara dataran itu, dan padang rumput dan paya berselerak merentasi sebahagian besar kawasan timur. Sebahagian besar bukit bukau terletak di antara pergunungan Andes dan dataran tanah pamah ini. | UMUM | |