Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.se.ma.ra/] | برسمارق

Definisi : 1. berseri, bercahaya, gilang-gemilang: lampu-lampu neon bersemarak gilang-gemilang menerangi seluruh kota; 2. ki mulia, megah, meriah, gembira, dll: malam semakin ~, pasangan-pasangan menari terus; sejak itu ~lah nama Pak Wir dan ~ pula nama jawatannya; 3. bertambah besar, berkembang, menjadi-jadi: sbg api itulah ~ cintanya kepadaku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.se.ma.ra/] | برسمارق

Definisi : 1 berseri; gi­lang-gemilang: Bandar Kuala Lum­pur ~ dgn hiasan lampu berwarna-warni. 2 ki kian berkembang (mulia, masyhur dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
semarak (kata nama)
1. Bersinonim dengan seri: cahaya, sinar, sorot kilauan, nur, kejernihan, kurrat, pendar, kilat, gemerlap, kilap,
Berantonim dengan kemalapan

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan keelokan, kebanggaan, kemegahan, kemuliaan, ketinggian, kebesaran, jah, seri, keindahan, kemasyhuran, kehormatan, keluhuran,
Berantonim dengan kehinaan

Kata Terbitan : bersemarak, menyemarakkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POINCIANA

Poinciana juga dikenali sebagai pokok

bersemarak adalah satu daripada pokok bunga di

kawasan tropika yang tercantik. Ia berasal dari

Madagascar, tetapi telah ditanam dengan meluas

dalam iklim panas kerana gugusan besar bunganya

berwarna terang. Setiap bunga lebarnya dari lapan

hingga 10 sentimeter dan mempunyai lima kelopak

merah yang terbuka luas. Satu daripada kelopaknya

bercarik-carik dan berbintik-bintik kuning. Terdapat

10 stamen yang panjang yang tumbuh ke atas

daripada bunga. Bunganya yang kembang

mengeluarkan lenggai biji berwarna perang

keunguan, yang sekurang-kurangnya 60 sentimeter

panjang. Lenggai ini mengandungi biji yang keras

dan berbentuk lonjong. Di sesetengah negara,

lenggainya digunakan sebagai bahan bakar.

UMUM 

Kembali ke atas