Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.sem.pe.na] | برسمڤنا

Definisi : mengambil berkat (drpd): per-tunjukan MAHA pd tahun ini diadakan ~ dgn hari ulang tahun kemerdekaan yg kese-puluh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.sem.pe.na] | برسمڤنا

Definisi : mengambil sempena (dgn): Tarikh pelancaran Per­sekutuan Malaysia ditetapkan pd 31 Ogos 1963 ~ dgn hari ulang tahun keenam kemerdekaan Tanah Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sempena (kata nama)
Bersinonim dengan berkat, tuah, rahmat, sepenah, restu;,
Kata Terbitan : bersempena,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SABTU

Sabtu , disebut Saeter-daeg oleh orang Anglo-

Saxon, ialah hari ketujuh dalam satu minggu. Ia

dinamakan bersempena nama dewa Rom Saturn,

dan merupakan satu-satunya hari yang dinamakan

mengikut nama dewa Rom purba. Sabtu ialah hari

Sabat di kalangan orang Yahudi dan pengikut

Seventh-day Adventists. Kebanyakan majikan

memberikan pekerjanya cuti separuh hari atau cuti

penuh pada hari Sabtu.

Lihat juga Minggu.

UMUM 
SAFARIYYAH, KERAJAAN

Safariyyah, Kerajaan (254–289 H./ 868–902 M.).

Kerajaan Safariyyah didirikan di bahagian selatan

Iran. Nama kerajaan ini bersempena dengan nama

Ya‘kub ibn al-Layth al-Safar, seorang yang berani,

yang mengambil kesempatan semasa kerajaan

Abbasiyyah lemah akibat bergolak politik serta

kekacauan yang semakin serius, yang dilakukan oleh

orang Negro. Dia memang bercita-cita untuk

menguasai kawasan selatan Iran, Parsi dan

Khurasan. Dia berjaya menubuhkan kerajaannya

selepas menjatuhkan kerajaan al-Tahiriyyah, dan

diiktiraf oleh Baghdad sebagai gabenor yang

merdeka. Namun, dia masih belum berpuas hati

malah bercita-cita untuk mengambil alih kedudukan

orang Turki di Baghdad. Kerajaan terpaksa akur

kepada kehendaknya apabila dia menyiapkan

angkatan tentera untuk tujuan tersebut. Justeru itu,

al-Safar diberi pengiktirafan sebagai gabenor di

wilayah Khurasan, Tabaristan, Jurjan, Ray dan Parsi.

Dia juga dilantik sebagai Ketua Polis Baghdad dan

Samarra’. Al-Safar masih belum berpuas hati. Dia

berhasrat untuk ke Baghdad dan mengambil alih

Baghdad yang merupakan pusat kekuasaan bangsa

Turki. Khalifah al-Muwaffaq tidak ada pilihan lain

kecuali bertindak memerangi al-Safar. Khalifah

mengetuai satu angkatan tentera lalu menyerang al-

Safar berserta tenteranya dan berjaya menewaskan

mereka. Al-Safar tewas kerana tenteranya berpaling

tadah dan menyertai tentera khalifah apabila mereka

melihat pasukan yang akan ditentang diketuai oleh

khalifah sendiri.

UMUM 
SANUSIYYAH, KERAJAAN

Sanusiyyah, Kerajaan (1350 H./ 1931 M.) ialah

gerakan pembaharuan yang bermetodologikan

tarekat sufi yang suci. Nama kerajaan Sanusiyyah

ini diambil bersempena nama pengasas Tarekat

Sanusiyyah, iaitu Muhammad ibn Ali al-Sanusi

al-Khitabi al-Hasani al-Idrisi. Ia merupakan

gabungan cara pendekatan al-Syeikh Muhammad

ibn ‘Abd al-Wahhab dengan beberapa unsur baik

yang terdapat dalam tarekat sufi. Oleh sebab itu,

tarekat ini tidak mendapat sebarang tentangan dari

para pengikut Syeikh Muhammad ibn ‘Abd al-

Wahhab yang tinggal di Hijaz. Tarekat ini

kemudiannya dipimpin oleh anaknya, al-Mahdiy

yang berjaya menyempurnakan tugas ayahnya. Dia

mengadakan banyak majlis-majlis sufi ( zawiyah )

sehingga pengaruhnya tersebar luas ke seluruh

pelosok negara. Kehebatannya menyebabkan pihak

penjajah memerhati pergerakannya. Oleh yang

demikian, al-Mahdiy terpaksa berpindah dari

Wahah Zaghbub ke Kafrah, kawasan pedalaman

yang berpadang pasir. Walau bagaimanapun,

terdapat beberapa pendapat yang cuba

menghuraikan perpindahan ini.

UMUM 
OLDS, RANSOM ELI

Olds, Ransom Eli (1864–1950) ialah pelopor

Amerika dalam penciptaan dan pembuatan kereta.

Dua buah kereta, Oldsmobile dan Reo (daripada

kependekan namanya), diberi nama bersempena

dengan namanya. Pada tahun 1886, dia mula

membuat eksperimen dengan pedati yang

digerakkan oleh kuasa wap di dalam kedai mesin

bapanya di Lansing, Michigan. Kemudian, dia

mencipta kereta wap empat roda yang dijualnya

kepada sebuah firma di India pada tahun 1893. Ini

merupakan kereta Amerika Syarikat yang pertama

dijual ke luar negara.

UMUM 
SURAH AL-SYURA

Surah al-Syura ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-42 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 53 ayat.

Namanya diambil bersempena dengan

kepentingan syura (mesyuarat) dalam pentadbiran

Islam dan kaum muslimin digesa agar mengikuti

metodologi syura dalam mengatur urusan hidup

mereka.

UMUM 
TELUK CALIFORNIA

Teluk California ialah sebahagian daripada Lautan Pasifik

yang terletak di antara semenanjung California

Hilir dan tanah besar Mexico. Pada satu masa

dahulu Teluk California dikenali sebagai Laut

Cortés, bersempena nama pengembara

Sepanyol, Hernando Cortés, orang yang

pertama menjelajahinya pada tahun 1536. Teluk

ini juga dikenali sebagai Laut Vermilion. Pelbagai

jenis ikan, termasuk ikan layar buruan – boleh

didapati di teluk ini.

UMUM 
SALJUK, KERAJAAN

Saljuk, Kerajaan, sebuah kerajaan yang

diasaskan oleh Dinasti Turki-Islam yang

memerintah Iran, Iraq, Syria dan negara Asia Kecil

pada abad ke-12 dan ke 13 M. Kerajaan Saljuk

dinamakan bersempena nama Saljuk, ketua dinasti

bangsawan Turki, iaitu al-Ghuzza al-Turkamaniyyah

yang pernah berhijrah dan membuat petempatan

di Bukhara. Seorang cucu Saljuk, Tughrul Bek telah

dilantik memerintah Khurasan pada tahun 429 H./

1037 M. Sewaktu kekuasaan Bani Buwayh di

Baghdad semakin lemah, lebih-lebih lagi setelah

mereka melakukan banyak kezaliman, khalifah

Abbasiyyah di Baghdad meminta bantuan daripada

al-Qa’im ibn Amrillah Tughrul Bek untuk

menghapuskan golongan tersebut. Tughrul Bek

segera mara ke Baghdad dan berjaya menewaskan

mereka. Sebagai membalas jasanya, khalifah

Abbasiyyah menganugerahkan gelaran raja kepada

Tughrul Bek sambil memberi kuasa pentadbiran

pada tahun 447 H./1055 M.

UMUM 
PERGUNUNGAN BLUE RIDGE> Pergunungan Blue Ridge ialah banjaran

bahagian timur Sistem Pergunungan Appalachian di

Amerika Syarikat Timur. Pergunungan ini

menganjur dari tenggara Pennsylvania merentas

Maryland , Virginia, Carolina Utara, Carolina Selatan,

dan utara Georgia. Nama ini diberi bersempena

dengan warna biru pada cerun berhutan yang dapat

dilihat dari jarak jauh.

UMUM 
SURAH AL-ZALZALAH

Surah al-Zalzalah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-99 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Zalzalah

(gegaran) bersempena peristiwa gegaran yang

amat dahsyat, yang akan berlaku pada hari kiamat

dan menjadi pembukaan bagi surah ini.

UMUM 
SURAH AL-MUJADALAH

Surah al-Mujadalah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang ke-58 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

22 ayat. Surah ini dinamakan al-Mujadalah (bersoal

jawab) bersempena kisah seorang wanita yang

datang berjumpa Rasulullah s.a.w. dan mengadu

kepadanya tentang suaminya yang telah

menziharkannya.

UMUM 
12

Kembali ke atas