Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.seng.ké.ta] | برسڠکيتا

Definisi : bergaduh, berkelahi, berselisih faham, bertelagah (pendapat dll): pihak-pihak yg ~ bersedia menghadapi persoalan itu dgn fikiran tenang dan terbuka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.seng.ké.ta] | برسڠکيتا

Definisi : berbalah atau bergaduh kerana berlainan pen­dapat; berselisih faham: Pihak yg ~ bersedia menyelesaikan pertikaian mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sengketa
Kata Terbitan : bersengketa, mempersengketakan, persengketaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERANG KELANG

PERANG KELANG, perang saudara yang berlaku di Selangor disebabkan para pembesar bersengketa untuk menguasi tanah lombong.  Perang ini berlanjutan dari tahun 1866 hingga tahun 1874.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
MANJUNG

MANJUNG,  kerajaan lama di Perak pada abad ke-4 M. Sejarah awal negeri Perak, khususnya sejarah kesultanannya, bermula di daerah yang kini dikenal sebagai Manjung. Di daerah inilah telah wujud tiga kerajaan lama iaitu Beruas, Manjung dan Perak. Ketiga-tiga kerajaan ini sentiasa bersengketa kerana merebut monopoli perniagaan bijih timah, hasil utama daerah ini. Manjung juga merupakan tempat mengeksport bijih timah yang dihasilkan dari daerah-daerah lain di sekitarnya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
PERJANJIAN RENVILLE

PERJANJIAN RENVILLE (1948),  perjanjian antara Indonesia dengan Belanda.  Perjanjian ini dimeterai apabila Perjanjian Linggarjati dicabuli oleh tentera Belanda.  Usaha gencatan senjata dalam konflik Indonesia-Belanda telah sampai ke pengetahuan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  Dalam salah satu resolusinya, Majlis Keselamatan telah memerintah kedua-dua belah pihak mengadakan gencatan senjata di bawah pengawasan Komisi Jasa Baik PBB yang terdiri daripada tiga negara yang dipilih oleh negara yang bersengketa.  Indonesia telah memilih Australia sementara Belanda memilih Belgium, dan kedua-dua negara tersebut memilih Amerika Syarikat sebagai anggota ketiga.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan

Kembali ke atas