Pitjantjatjara ialah penduduk Orang Asli Australia . Sehingga kini, mereka masih hidup berpindah-randah di kawasan barat daya Tasik Amadeus, Wilayah Utara. Kawasan yang meliputi Musgrave, Petermann dan banjaran Rawlinson ini mempunyai sedikit punca air atau lembah yang subur. Kaum Pitjantjatjara ini bersenjatakan panah dan lembing tetapi tidak menggunakan boomerang. Mereka ialah kaum yang mahir mengumpulkan makanan dan berburu. Haiwan buruan mereka termasuklah kanggaroo, ular dan cicak. Mereka juga mengumpulkan biji-biji rumput dan bahagian tumbuhan untuk makanan. |