AUCKLAND | Auckland (pend. 855 571), berserta subbandarnya dan bandar satelitnya, ialah pusat penduduk yang terbesar di New Zealand. Lebih daripada suku penduduk negara ini tinggal di sini. Penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Auckland adalah 315 668 orang. Kawasan bandarnya berpusat di bandar Auckland . Ia juga termasuk bandar di sekeliling Takapuna, Teluk Pantai Timur (East Coast Bays) dan Birkenhead di utara; Waitemata dan Gunung Albert di barat; Manukau, Papakura, dan Papatoetoe di selatan; dan beberapa pekan lain. Kawasan pusat perniagaannya terletak di sekitar Queen Street di bandar Auckland. Iklim yang nyaman di Auckland, peluang perniagaan dan rekreasi, dan keindahan pemandangannya telah menarik kedatangan orang dari Kepulauan Pasifik, Eropah, dan bahagian- bahagian lain di New Zealand. | UMUM | |
PROTON | Proton ialah zarah subatom yang bercas positif. Satu proton membentuk nukleus atom hidrogen biasa. Proton, berserta lain-lain zarah subatom yang dikenali sebagai neutron , membentuk nukleus semua atom lain (liha t Neutr on). Semua atom yang sama unsur kimianya mempunyai bilangan proton yang sama. Bilangan proton dalam atom dikenali sebagai nombor atom unsur. | UMUM | |
APOSISI | Aposisi meluaskan makna kata atau frasa di sebelahnya. Kebanyakan unit aposisi boleh dianggap sebagai klausa tidak terbatas berserta kata ganti relatif dan kata kerja yang digugurkan. Unit aposisi boleh dikelaskan sebagai kata nama, adjektif dan adverba. “Abraham Lincoln , (who was) the 16th President of the United States, was assassinated” aposisi adalah kata nama. “The crowd, (which was) axious to escape danger , began to panic” adalah aposisi adjektif. “The man shouted loudly, (which was) even frantically , to calm the crowd” adalah aposisi adverba. | UMUM | |
SYARIKAT KEWANGAN | Syarikat kewangan ialah firma yang meminjamkan wang kepada orang yang berjanji untuk membayar balik pinjaman itu berserta faedah dalam tempoh yang tertentu. Peminjam mungkin diperlukan memberi jaminan bahawa mereka akan membayar pinjaman itu, seperti lien bagi gaji mereka atau milik peribadi (lihat Lien). | UMUM | |
MOMOK TASMANIA | Momok Tasmania ialah haiwan garang yang hidup di pulau Tasmania, Australia. Ia memakan mamalia dan reptilia kecil berserta bangkai haiwan yang dijumpainya. Ia memburu terutamanya pada waktu malam dan menghabiskan waktu siang di gua, dalam rongga batang kayu atau di tempat perlindungan yang lain. Momok Tasmania lebih kurang satu meter panjangnya, termasuk ekornya yang lebih kurang 30 sentimeter panjangnya. Kebanyakannya berbulu hitam dengan tanda-tanda putih, tetapi sesetengahnya berwarna hitam seluruhnya. Momok Tasmania adalah marsupial. Marsupial betina melahirkan anak yang tidak terbina dengan baik. Seperti kebanyakan marsupial, anak momok Tasmania dibawa dalam kantung di perut ibunya tempat ia meminum susu ibunya sehingga ia membesar dengan lebih sempurna. Pengelasan saintifik. Momok Tasmania tergolong dalam famili marsupial Dasyuridae. Ia adalah Sarcophilus harrisii . | UMUM | |
SUMATERA | Sumatera ialah pulau yang kedua terbesar di Indonesia selepas Kalimantan. Ia adalah pulau yang keenam terbesar di dunia. Sumatera, berserta pulau-pulau kecil yang berdekatan dengannya, terdiri daripada lapan wilayah atau provinsi. Wilayah-wilayah ini ialah Aceh, Bengkulu, Jambi, Lampung, Riau, Sumatera Utara, Sumatera Selatan, dan Sumatera Barat. | UMUM | |
KAYU | Kayu ialah bahan yang keras di bawah kulit pokok, pokok renek dan lain-lain tumbuhan tertentu. Sifat-sifat fizikal kayu, berserta komposisi kimianya menjadikannya satu daripada sumber semula jadi yang paling bernilai. | UMUM | |
SAP | Sap, dalam botani, bermakna cecair di dalam batang dan akar tumbuh-tumbuhan. Sebenarnya terdapat dua jenis sap. Satu jenis sap ialah air, berserta mineral yang terlarut, yang mengalir dari akar pokok ke daun. Ia mengalir melalui lapisan di batang dan dahan pokok yang dikenali sebagai xilem. Satu lagi jenis sap ialah air yang membawa makanan tumbuhan yang terlarut. Ia mengalir dari daun ke bahagian-bahagian tumbuhan tempat ia digunakan atau disimpan. Sap jenis ini bergerak dalam lapisan yang dikenali sebagai floem. | UMUM | |
ARISTOPHANES | Aristophanes (445?–385? S.M.) ialah penulis komedi Yunani purba yang teragung. Dramanya menggabungkan fantasi, riang gembira, dan lirik yang indah berserta kritikan serius terhadap politik, adab, pendidikan, muzik, dan sastera. Dia seorang pakar lagu dan ritma. | UMUM | |
MULGA | Mulga ialah perkataan Orang Asli bagi pokok watel yang kecil, merimbun berwarna kelabu hijau yang tumbuh di kawasan luas di pedalaman Australia. Daunnya berguna sebagai foder. Kayunya yang tahan lama, berserta kayu sap berwarna kuning cerah dan teras kayu berwarna perang tua, digunakan untuk membuat barang hiasan dan tiang pagar. Pengelasan saintifik. Mulga tergolong dalam famili Leguminosae (Fabaceae). Ia adalah Acacia aneura | UMUM | Umum |