Sneezewort ialah tumbuhan saka yang tahan lasak yang tumbuh di ladang lembap dan di sepanjang jalan di Eropah, Asia, dan Amerika Utara. Ia dinamakan sneezewort kerana baunya yang kuat menyebabkan sesetengah orang bersin. Tumbuhan ini tumbuh dari 30 sentimeter hingga 60 sentimeter tingginya. Keseluruhan tumbuhan ini berwarna kekelabuan dan mempunyai daun yang panjang, runcing berwarna hijau tua. Bunganya berwarna putih susu dalam kuntum satu-satu. Ia mempunyai jambak bunga kecil berwarna putih. Pengelasan saintifik. Sneezewort tergolong dalam famili komposit, Compositae (Asteraceae). Ia adalah Achillea ptarmica. |