Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.su.lu/] | برسلوک

Definisi : mengasingkan diri, berkhalwat (utk bertafakur, menenangkan fikiran, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.su.lu/] | برسلوک

Definisi : mengasingkan diri dgn beramal ibadat dan berzikir (utk mencapai kesempurnaan batin). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersuluk


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NAYSABURIY, ‘ABDULLAH AL-

Naysaburiy, ‘Abdullah al- (706–776 H./1306–

1374 M.), faqih Mazhab Hanafi, cemerlang dalam

bahasa Arab, mendalami tentang al-Manqul dan al-

Ma‘qul . Nama sebenarnya ialah ‘Abdullah ibn

Muhammad ibn Ahmad al-Husayniy al-Naysaburiy.

Ibn Hajar al-‘Asqalaniy menyifatkannya sebagai

Zamakhshariy pada zamannya. Al-Naysaburiy

bekerja sebagai guru di al-Madrasah al-Asadiyyah

di Halab, iaitu sebuah sekolah Mazhab Syafi‘i dan

juga mengajar di Qubbat al-Asadiyyah di Damsyik,

sebuah sekolah Mazhab Hanafiy. Dia menetap di

Damsyik dan Kaherah untuk menyebarkan ilmu

pengetahuan. Al-Naysaburiy kemudiannya dilantik

sebagai syeikh tarekat di salah sebuah tempat

bersuluk ( al-khawaniq ). Dia menulis kitab Syarh al-

Manar mengenai Usul al-Fiqh berdasarkan

perbincangan yang dibuat oleh al-Nasafiy dan

menulis Syarh al-Tashil mengenai nahu.

UMUM 

Kembali ke atas