CERITA WAYANG | CERITA WAYANG, cerita yang dipersembahkan dalam pertunjukan wayang kulit yang dikenal juga sebagai lakon wayang. Cerita wayang bersumberkan cerita pahlawan yang terkenal di India, Ramayana dan Mahabharata. | SASTERA | Konsep |
HUKUM SYARAK | HUKUM SYARAK, hukum yang ditetapkan oleh Allah untuk panduan hidup orang Islam bersumberkan al-Qur’an, sunnah, ijmak ulama dan qiyas. | BUDAYA | Konsep |
HUKUM KANUN BRUNEI | HUKUM KANUN BRUNEI, teks undang-undang tradisional Brunei. Undang-undang ini merupakan adunan antara hukum adat resam dengan hukum Islam yang bersumberkan al-Qu’ran dan hadis. Teks Hukum Kanun Brunei disadur atau disusun berdasarkan teks Undang-undang Melaka yang dihasilkan pada zaman kegemilangan Melaka pada akhir abad ke-15. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN | UNDANG-UNDANG PERKAHWINAN DAN PERCERAIAN, peralatan yang dipakai dan dikuatkuasakan bagi orang Islam di Malaysia. Undang-undang perkahwinan dan perceraian yang melibatkan orang Melayu pada peringkat awal hanya diketahui melalui adat istiadat serta kelaziman yang diterima pakai pada masa dan ketika itu. Undang-undang yang terpakai atau yang digunakan secara asasnya ialah undang-undang Islam, memandangkan orang Melayu beragama Islam. Ini merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan syarat-syarat sah perkahwinan seperti agama, umur, wali dan sebagainya. Di samping itu juga ia disulam dengan undang-undang adat seperti adat temenggung dan adat perpatih yang menjadi amalan sesetengah masyarakat pada suatu ketika dahulu, yang juga dikatakan bersumberkan hukum syarak. Selain itu terdapat juga unsur-unsur lain yang diserapkan dalam upacara perkahwinan tersebut. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |