Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.su.rat] | برسورت

Definisi : 1. memakai surat; para jemputan yg tidak ~ para jemputan yg dijemput dgn mulut (tidak dgn surat); 2. ditulis, bertulis; batu ~ prasasti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.su.rat] | برسورت

Definisi : 1 ada suratnya; memakai atau menggunakan surat: jemputan ~ jemputan yg dibuat melalui surat. 2 ada tulisan di atasnya; bertulis: batu ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersurat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BATU BERSURAT

BATU BERSURAT, prasasti warisan sejarah dan budaya yang penting dalam tamadun Melayu-Islam di Nusantara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
BATU BERSURAT TERENGGANU

BATU BERSURAT TERENGGANU, prasasti yang mempunyai kaitan dengan tarikh kedatangan Islam ke Semenanjung Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
KUTAI

KUTAI,  kerajaan tertua di Indonesia. Kerajaan ini dipercayai tertubuh sekitar tahun 400 M.  Lokasi sebenar kerajaan Kutai ialah sekitar Muarakaman, Martapura. Nama Muarakaman sebetulnya berasal daripada nama Mulawarman. Kerajaan Kutai mendapat pengaruh dari Jawa. Kutai juga pernah berhubung dagang dengan China. Ada yang berpendapat bahawa nama asal Kutai berasal daripada bahasa China ‘Kho Thay’ bererti sebuah kerajaan besar. Batu bersurat tertua  ditemui di Muarakaman. Batu bersurat tersebut ditulis dengan huruf Pallawa dalam bahasa Sanskrit. Bentuk huruf Pallawa yang digunakan sama dengan huruf Pallawa pada tahun 400 M. di India  Selatan. Batu bersurat ini menunjukkan bukti kemasukan pengaruh Hindu dalam kerajaan Kutai. Kuddungga ialah nama asli kerajaan Kutai, manakala Acvavarman dan Mulavarman ialah nama yang mendapat pengaruh Hindu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
TAMBRALINGATAMBRALINGA, kerajaan awal di utara Semenanjung Tanah Melayu.  Ia terletak di pantai timur dan berpusat di kawasan Ligor (kini nakhon Si Thammarat).  Di sebelah utaranya ialah Chaiya, di wilayah Surat Thani.  Sejarah kemunculan Tambralinga kurang jelas.  Nama `Tambralinga’ pertamanya terdapat pada batu bersurat bahasa Sanskrit yang dijumpai di Wat Sema Mu, Ligor.  Batu bersurat ini menyebut seorang yang bernama Dharmaraja yang menggelarkan dirinya Raja Tambralinga (1230).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
FUNAN

FUNAN, kerajaan Melayu tua yang ditubuhkan pada abad pertama Masihi. Funan merupakan sebuah kuasa besar di Asia Tenggara pada masa itu. Batu bersurat Funan yang pertama ditemui dalam bahasa Sanskrit selepas satu abad setengah daripada atrikh penubuhannya oleh seorang brahmin yang berkahwin dengan seorang puteri Funan. Nama asal Funan tidak diketahui tetapi perkataan tersebut disesuaikan dengan sebutan Cina daripada perkataan Khmer “bnam” atau “phnom” yang bermaksud gunung. Pusat kerajaan Funan terletak di kawasan delta Sungai Mekong. Pada masa kemuncak kekuasaannya wilayah Funan meliputi Vietnam Selatan, bahagian tengah Mekong, sebahagian besar lembah Sungai menam dan Semenanjung Melayu. Seperti Campa, Funan merupakan sebuah persekutuan daripada beberapa buah negeri kecil yang berpengaruh Hindu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU

SISTEM TULISAN DALAM BAHASA MELAYU, jenis atau sistem tulisan dalam bahasa Melayu.  Bahasa Melayu wujud sejak abad ke-4 M. berdasarkan bukti pada prasasti atau batu bersurat yang ditemui di Dong Yen Chau, Vietnam.  Sistem tulisan pada prasasti tersebut menggunakan tulisan yang dipinjam dari India.  Terdapat satu lagi prasasti iaitu di Kutai, Kalimantan Timur yang bertarikh pada tahun 400 M.  Sistem tulisan pada prasasti ini menggunakan tulisan dalam bahasa Sanskrit, tetapi yang diceritakan ialah tentang seorang raja yang menggunakan nama Melayu.

BAHASAKonsep
KOTA KAPUR

KOTA KAPUR, tempat inskripsi batu bersurat pada abad ke-7 M. Kota Kapur ialah sebuah kampung kecil di kecamatan Mendo Darat, kabupaten Pulau bangka, Propinsi Sumatera Selatan. Pada zaman penjajahan Belanda, Pulau Bangka merupakan residensi tersendiri. Di Kota Kapur, J.K. van der Meulan menjumpai inskripsi yang ada kaitannya dengan sejarah Sriwijaya. Inskripsi ini merupakan salah satu daripada lima buah inskripsi kutukan yang dibuat oleh Dapunta Hyang, Raja Sriwijaya. Inskripsi ini dipahatkan pada sebuah batu berbentuk tugu bersegi dengan ukuran 177 cm tinggi dan 32 cm lebar dan 19 cm pada bahagian puncak. Inskripsi ini ditulis dalam bahasa Melayu kuno huruf Pallawa. Orang pertama yang mengkaji inskripsi ini ialah Prof. Dr. H. Kern, seorang arkeologi. Pada mulanya dia menganggap Sriwijaya nama seorang raja. Melalui Dr. Coedes, barulah diketahuinya Sriwijaya ialah sebuah kerajaan di Sumatera pada abad ke-7 M. Isi yang tercatat pada inskripsi itu ialah:

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PAGARRUYUNG

PAGARRUYUNG, ibu kota kerajaan Minangkabau pada abad ke-14. Kota ini terletak di Propinsi Sumatera Barat, Indonesia. Banyak tinggalan sejarah yang terdapat di sekitarnya seperti batu bersurat dan makam diraja. Istana Besar peninggalan kerajaan Pagarruyung dijadikan muzium.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
EJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWIEJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWI, sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu yang berhuruf Arab yang disebut juga sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai orang Jawah (           ) atau Jawi (          ). Ini disebabkan, pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara ini terkenal dengan nama Javadwipa. Maka dengan itu dapatlah nama tulisan Jawi. Bahan bertulisan Jawi yang tertua bertarikh tahun 1303. (702 H) yang berupa sebuah batu bersurat atau prasasti. Bahan tulisan tangan atau manuskrip yang tertua yang dalam bentuk buku ialah naskhah ‘Aqa’id al-Nasafi bertarikh 1590 (998 H).
BAHASABahasa
ASHURBANIPAL

Ashurbanipal, yang juga dieja Assurbanipal ,

ialah raja besar Assyria yang terakhir. Selama

pemerintahannya (668–627 S.M.), Assyria menjadi

kuasa dunia yang utama. Empayarnya termasuk

Babylonia, Parsi, Syria, dan Mesir. Tetapi dalam

pemerintahannya juga kuasa Assyria mula merosot.

Pada tahun 651 S.M., orang Assyria diusir keluar

dari Mesir. Perang saudara dengan Babylonia

melemahkan lagi empayarnya, walaupun Assyria

memenangi perang itu pada tahun 648 S.M.,

Ashurbanipal merupakan pahlawan yang digeruni

dan penaung seni yang agung. Di istana dirajanya,

baginda mengumpulkan satu koleksi besar tulisan

Sumeria, Babylonia, dan Assyria. Perpustakaan

yang terdiri daripada batu bersurat daripada tanah

liat ini, kini tersimpan di Muzium British,

merupakan panduan yang paling baik tentang

sejarah Mesopotamia.

Lihat juga Dunia, Sejarah (gambar).

UMUM 
12

Kembali ke atas