Pujang g a ialah penyair zaman dahulu. Pujangga yang paling masyhur tinggal di Kawasan Celt seperti Ireland, Scotland, dan Wales pada Zaman Pertengahan. Mereka merupakan penyair profesional yang bersyair tentang wira negara, biasanya mempersendakan mereka melalui satira. Pada umumnya pujangga bersyair dengan iringan hap atau alat muzik bertali yang lain. Mereka menurunkan bahan mereka daripada seorang pujangga kepada seorang pujangga yang lain. Pujangga menggunakan teknik puisi seperti aliterasi dan rima dalaman. Menjelang tahun 1700- an, pujangga Celt tidak lagi merupakan tokoh budaya yang utama. Tradisi pujangga kini hanya dapat bertahan dalam pesta rakyat, seperti eisteddfod di Wales. |