TIKUS TOBRUK | Tikus Tobruk ialah pasukan tentera Pihak Berikat dalam Perang Dunia II, yang mampu bertahan dalam satu pengepungan selama lapan bulan, semasa kempen Afrika Utara pada tahun 1941. Pasukan tentera Berikat telah dikepung oleh Kor Jerman Afrika di Tobruk, yang terletak di pesisiran pantai Libya, setelah keseluruhan Tentera Inggeris berundur dari situ. Mereka bertahan dari 11 April hingga 10 Disember, apabila tentera Jerman menghentikan kepungan itu. | UMUM | |
KANEM | Kanem ialah salah sebuah empayar yang paling lama bertahan dalam sejarah. Ia bermula di bahagian timur laut Tasik Chad di Afrika pada tahun 700-an M. dan berakhir pada akhir tahun 1800-an. | UMUM | |
NEW FRANCE | New France ialah bekas empayar jajahan Perancis di Amerika Utara. Empayar ini bermula pada awal tahun 1600-an dan bertahan selama kira- kira 150 tahun. Pada zaman kegemilangannya pada awal tahun 1700-an, New France mempunyai tiga buah jajahan takluknya – Kanada, Acadia, dan Louisiana . Kanada dan Acadia meliputi kawasan yang kini dikenali sebagai bahagian timur Kanada. Louisiana terletak di Lembah Sungai Mississippi yang menjadi sebahagian dari Amerika Syarikat. | UMUM | |
SEKOLAH KANO | Sekolah kano ialah kumpulan pelukis Jepun yang ahlinya datang daripada satu keluarga. Generasi sekolah kano seterusnya menubuhkan satu dinasti yang bertahan dari tahun 1400-an hingga tahun 1800-an dan melahirkan ramai pelukis ternama Jepun pada masa tersebut. Pada tahun 1600-an ahli sekolah kano menetapkan standard bagi lukisan Jepun yang berterusan melebihi 200 tahun. | UMUM | |
ZAHARIAS, BABE DIDRIKSON | Zaharias, Babe Didrikson (1911?–1956) ialah atlet Amerika yang dianggap sebagai salah seorang atlet wanita teragung dalam sejarah sukan. Dia memperoleh kemasyhurannya yang bertahan lama dalam sukan golf dan olahraga, malah dia juga bertanding dalam pasukan bola keranjang, besbol, biliard poket, tenis, menyelam, dan juga berenang. | UMUM | |
SEMENANJUNG BATAAN | Semenanjung Bataan menganjur ke Teluk Manila dari pantai barat daya Luzon, sebuah pulau terbesar di kepulauan Filipina. Di Semenanjung Bataan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina bertahan selama tiga bulan menentang kemaraan angkatan tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Pada akhir bulan Disember 1941, Jeneral Douglas MacArthur telah berjaya mengundurkan askar- askarnya yang bertaburan ke negeri yang berbukit- bukau ini. Sebaik sahaja kedudukan mereka di semenanjung tersebut dimantapkan, askar-askar Amerika Syarikat dan Filipina mendapati mereka telah terkepung oleh tentera Jepun dan terputus daripada sebarang bantuan. | UMUM | |
SENI BINA MELAYU | SENI BINA MELAYU, pelbagai jenis binaan Melayu yang dibuat dengan menggunakan bahan tempatan seperti buluh, kayu-kayan, rotan, akar, daun-daun kayu dan batu. Binaan ini sering kali mudah reput dan tidak dapat bertahan lama. Binaan kayu daripada jenis yang paling keras seperti belian, jati atau cengal mampu bertahan antara seratus hingga tiga ratus tahun sahaja. Ini bermakna seni bina lama daripada bahan-bahan ini hanya dapat diketahui melalui gambaran oleh penulis dalam buku-buku hikayat dan sejarah. | BUDAYA | Disiplin Ilmu |
MESIR PURBA | Mesir Purba ialah tempat wujudnya salah satu peradaban dunia yang pertama. Kebudayaan yang maju ini muncul lebih kurang 5000 tahun dahulu di Lembah Sungai Nil di bahagian timur laut Afrika. Kebudayaan itu berkembang subur selama lebih 2000 tahun lalu menjadi salah sebuah peradaban yang paling lama bertahan dalam sejarah. | UMUM | |
SARGON OF AKKAD | Sargon of Akkad ialah raja yang mengasaskan empayar terbesar dalam sejarah. Dia membina empayarnya di Mesopotamia (kini Iraq) pada tahun 2300-an S.M. dan menawan kebanyakan negara barat daya Asia. Sargon ialah ketua tentera dan pentadbir yang terkenal. Dia seorang daripada raja terawal mempunyai pasukan tentera yang tetap dan melantik sekutunya daripada kalangan istana untuk menjadi gabenor bandar yang ditawan. Dia menyusun empayarnya begitu rapi sehingga dapat bertahan di bawah pemerintahannya selama lebih daripada 60 tahun. | UMUM | |
PERANG UHUD | Perang Uhud berlaku pada bulan Syaaban, tahun ketiga Hijrah /625 M. antara orang Islam dengan kaum musyrikin Makkah. Antara punca berlaku peperangan ini ialah kaum Quraisy mahu membalas dendam selepas kekalahan mereka di dalam Perang Badar. Dengan demikian, kaum Quraisy seramai lebih kurang 3000 orang keluar menuju ke Madinah. Rasullulah s.a.w. segera bermesyuarat dengan para sahabat sama ada mereka perlu keluar dari Madinah atau bertahan di dalam kota. Pendapat majoriti mahu kaum muslimin menghadapi pihak Quraisy di luar kota Madinah. Orang Islam menuju ke Bukit Uhud dengan tentera seramai 1000 orang. Tetapi semasa di pertengahan jalan, ‘Abdullah ibn ‘Ubay ibn Sulul berjaya melemahkan semangat 300 orang tentera Islam. Mereka kembali semula ke Madinah. | UMUM | |