TELUK WALVIS | Teluk Walvis ialah sebuah daerah di selatan Afrika, yang ditadbir bertahun-tahun oleh Afrika Selatan. Ia dikelilingi oleh bahagian selatan Namibia . Daerah ini terletak di sepanjang Lautan Atlantik (lihat Namibia [peta]) . Teluk Walvis meliputi kawasan seluas 1124 kilometer persegi dan mempunyai penduduk seramai 20 740 orang. Bandar Teluk Walvis merupakan pelabuhan utama untuk perdagangan Namibia. Industri bagi daerah ini termasuk pemprosesan, pengetinan, daging dan perikanan. | UMUM | |
TANDU | Tandu ialah alat seperti usungan yang digunakan oleh orang Cina dan orang Jepun sejak bertahun-tahun, seperti orang Barat menggunakan teksi. Penumpangnya duduk atau baring dalam tandu yang berbentuk kotak, yang panjangnya kira-kira 2.5 meter, manakala lebar dan tingginya ialah 1 meter. Sisi tandu berpintu. Struktur ini tergantung pada dua batang tandu yang dipikul oleh empat orang. | UMUM | |
ETER | Eter, dalam kimia ialah cecair tidak berwarna, sangat mudah terbakar, dan mempunyai bau wangi yang kuat. Wap eter menyebabkan orang yang menghiduinya tidak sedarkan diri. Bertahun-tahun lamanya ia digunakan sebagai anestetik am semasa melakukan pembedahan. | UMUM | |
MERPATI PEMBAWA UTUSAN | Merpati pembawa utusan ialah burung yang asalnya dibiakkan bakanya daripada merpati yang digunakan untuk membawa utusan dari satu tempat ke tempat lain. Walau bagaimanapun, bertahun-tahun lamanya merpati ini telah kehilangan naluri pulang ke sarangnya. Kini ia dipelihara sebagai burung pertunjukan. Merpati pembawa utusan ini berwarna biru, hitam, putih, perang kekelabuan, atau kuning. Ia lebih besar daripada merpatimerpati lain, dan ia tegak. Burung ini mempunyai sayap dan kaki yang kuat. Ia mempunyai ketumbuhan yang besar, berisi di sekeliling matanya yang besar,dan berwarna kuning pada paruhnya. Ketumbuhan ini mungkin meliputi hidung merpati tua. | UMUM | |
OLD VIC | Old Vic ialah teater yang terletak berhampiran Waterloo Station di London. Bertahun-tahun lamanya Old Vic menjadi pusat pementasan drama Shakespear. Pada tahun 1963, tempat ini menjadi rumah sementara bagi National Theatre. Teater ini dibuka pada tahun 1818 sebagai Coburg, tetapi namanya ditukar selepas lawatan Ratu Victoria semasa baginda masih seorang puteri. | UMUM | |
PERBICARAAN MELALUI KOMBAT | Perbicaraan melalui kombat juga dikenali sebagai perbicaraan melalui pertempuran , atau pertaruhan pertempuran , adalah satu cara menyelesaikan perbalahan undang-undang pada Zaman Pertengahan. Golongan bangsawan mengamalkannya bertahun-tahun lamanya. Perbicaraan melalui kombat berbeza daripada pertarungan dua orang kerana orang ramai percaya bahawa Tuhan akan masuk campur dan membantu pihak yang benar. Mengikut prosedur yang biasa, tertuduh akan menentang penuduh. Golongan bangsawan kadangkala melantik pahlawan-pahlawan untuk bertarung bagi pihak mereka. Golongan wanita dan paderi biasanya diwakili oleh orang lain. Perbicaraan melalui kombat diperkenalkan di England oleh William Si Penakluk. Perbicaraan berjuri secara beransur- ansur mengambil alih perbicaraan ini. | UMUM | |
TASIK GREAT SALT | Tasik Great Salt ialah salah satu daripada keajaiban semula jadi dunia. Ia adalah laut pedalaman di barat laut Utah, Amerika Syarikat. Ahli sains percaya bahawa ia adalah sebahagian daripada tasik air tawar yang terdampar di rantau itu bertahun-tahun lalu dan lebih besar daripada Tasik Huron. Tasik ini yang dikenal sebagai Tasik Bonneville oleh ahli geologi, perlahan-lahan kering membentuk beberapa tasik yang lebih kecil. Tasik yang paling besar ialah Tasik Great Salt. | UMUM | |
SPEELMAN, CORNELIUS JANSZOON | Speelman, Cornelius Janszoon (1628–1684), memegang jawatan Gabenor-Jeneral Hindia Timur Belanda (kini Indonesia) dari tahun 1681 hingga tahun 1684. Speelman lahir di Rotterdam, Belanda. Ketika berumur 16 tahun dia belayar ke Hindia Timur Belanda sebagai pembantu. Selama bertahun-tahun dia bekerja dengan Syarikat Hindia Timur Belanda di Betawi (kini Jakarta). | UMUM | |
OSTEOPOROSIS | Osteoporosis ialah kehilangan tisu tulang. Tulang yang normal terdiri daripada siri plat nipis, bersilang yang dikelilingi oleh cangkerang yang tebal. Dalam osteoporosis, plat ini dipenuhi dengan lubang — atau mungkin hilang keseluruhannya. Cangkerang juga sering menjadi semakin nipis. Tulang menjadi amat rapuh, dan boleh retak sekalipun akibat kecederaan kecil. Walaupun osteoporosis mengambil masa bertahun-tahun untuk terjadi, biasanya tiada amaran tentang kewujudannya sehinggalah berlaku kecederaan. | UMUM | |
SITRUS | Sitrus ialah nama sekumpulan pokok dan pokok renek yang tergolong dalam famili rue. Sesetengah buah sitrus adalah oren, limau gedang, limau, mandarin, termasuk klementin, satsuma, tangelo, tangerin, tangor, dan kacukannya; kumquat, oren pahit, limau nipis, sitron, limau dan bergamot. Pokok sitrus tumbuh liar di beberapa bahagian di India dan Asia. Orang Cina adalah yang pertama menanam pokok sitrus, lebih daripada 4000 tahun dahulu. Pokok dan pokok renek sitrus telah ditanam di bahagian-bahagian lain di dunia untuk buahnya bertahun-tahun lamanya. | UMUM | |