Merganser ialah nama sekumpulan itik yang memakan ikan. Merganser menangkap ikan dengan paruhnya yang sempit lurus yang bengkok di hujungnya dan bertakik di tepinya. Oleh sebab ini, ia kadangkala dikenal sebagai paruh geraji. Merganser biasa atau goosander, dan merganser berdada merah hidup di seluruh kawasan utara beriklim sederhana. Hooded merganser hidup di Amerika Utara, tetapi ia kadangkala kelihatan di Eropah. Kebanyakan merganser berhijrah ke selatan pada musim sejuk. |