ORANG GASAR | Orang gasar atau Barbarian, ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan orang yang tidak bertamadun atau tidak berpendidikan. Ia berasal daripada perkataan Yunani barbaros , yang pada mulanya hanya bermaksud orang yang bertutur dalam bahasa yang tidak difahami oleh orang Yunani purba. Tetapi tidak lama kemudian perkataan ini juga membawa maksud bukan- Yunani atau orang asing. | UMUM | |
OLMSTED, FREDERICK LAW | Olmsted, Frederick Law (1822–1903) ialah arkitek landskap, perancang bandar, dan penulis isu sosial Amerika. Kerjaya Olmsted dibentuk oleh konsepsinya tentang masyarakat bertamadun. Melalui reka bentuk landskap dan tulisannya, Olmsted cuba menyusun semula bentuk bandar dan subbandar Amerika, dan menggalakkan pekerti halus dan budaya yang pada pandangannya mampu diperoleh oleh warganegara sesebuah republik. | UMUM | |
REKAAN | Rekaan ialah penciptaan suatu alat, proses atau produk yang baharu. Hasil rekaan membolehkan kita mengawal persekitaran dan hidup dengan lebih selesa, lebih mudah dan lebih gembira. Jika kita tidak boleh mereka cipta, kita terpaksa bergantung pada iklim dan bumi sepenuhnya. Rekaan telah membolehkan manusia hidup dalam persekitaran yang penuh dengan rintangan dan membina sebuah masyarakat yang bertamadun. | UMUM | |
ATHENS | Athens (pend. 748 110; pend. kaw. met. 3 096 775) ialah kota yang paling terkenal dan bersejarah di dunia. Ia menjadi ibu negara Greece pada tahun 1833, setelah penduduk Greece membebaskan diri mereka daripada pemerintahan Turki. Namun, kemasyhuran Athens yang paling unggul bermula pada tahun 400 S.M., apabila ia menjadi kota yang paling berkuasa dan bertamadun di dunia. Nama kota itu dalam bahasa Yunani ialah Athinai. | UMUM | |
SENI GOTHIK | /p> Seni Gothik ialah nama yang diberikan kepada seni pada akhir Zaman Pertengahan, terutamanya dari pertengahan tahun 1100-an hingga kira-kira tahun 1400. Istilah Gothik diperkenalkan oleh sarjana Renaissance Itali yang dikenali sebagai humanis. Ini merujuk kepada Goth Jerman yang menyerang Itali pada tahun 400-an S.M. Humanis menganggap seni Zaman Pertengahan terlalu kasar hinggakan mereka menganggap seni tersebut dicipta oleh bangsa Goth yang tidak bertamadun itu. | UMUM | |
SENOI | SENOI, kumpulan Orang Asli yang mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Istilah Senoi berasal daripada perkataan Semai dan Temiar, ‘Sen-oi’ atau ‘seng-oi’ yang bermaksud orang atau manusia. Istilah ini kemudiannya digunakan oleh penyelidik dan pentadbir sebagai istilah rujukan bagi kumpulan Orang Asli yang menggunakan bahasa Austroasiatik dan mendiami kawasan tengah Semenanjung Malaysia, iaitu Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu dan Selangor. Sebelum istilah Senoi diperkenalkan, pengkaji dan pentadbir menggunakan istilah Sakai. Namun, istilah ini tidak dipersetujui oleh masyarakat Orang Asli kerana membawa makna dan konotasi yang negatif seperti hamba abdi, tidak bertamadun, kotor dan seumpamanya. Istilah ini telah diketepikan dan digantikan dengan ‘senoi’ sebagai istilah rasmi. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |