ZAKAT | Zakat berasal daripada perkataan Arab al-Zakah. Al-Zakah dari segi bahasa bererti subur dan bertambah. | UMUM | |
NEGARA | Negara ialah istilah yang bermaksud sesebuah tanah air merdeka yang mempunyai nama dan sempadan geografi yang tertakrif dengan jelas. Bilangan negara merdeka telah bertambah beransur-ansur sejak Perang Dunia II (1939–1945) kerana lebih banyak tanah jajahan telah mencapai kemerdekaan. Dari segi saiz, negara-negara di dunia ialah daripada Vatican City, yang meliputi 44.0 hektar, sehinggalah Rusia, yang meliputi 17 075 400 kilometer persegi. | UMUM | |
SUSUT NILAI | Susut nilai ialah pengurangan nilai. Bangunan, jentera, kenderaan dan harta-harta lain akan susut nilai (nilai berkurangan) akibat penggunaan ataupun kemalangan, kerana ia menjadi bertambah usia, ataupun kerana adanya produk baru yang lebih elok menggantikannya. Dalam perakaunan, susut nilai dikira sebagai kos normal yang berlaku dalam perniagaan. Istilah susut nilai juga digunakan untuk menyatakan pengurangan nilai atau kuasa beli yang disebabkan peningkatan tahap harga domestik. Ini bererti bahawa nilai mata wang sesebuah negara menjadi lebih rendah secara relatif berbanding dengan nilai mata wang negara-negara lain. Lihat juga Pendapatan negara (Menentukan pendapatan negara). | UMUM | |
ASBURY, FRANCIS | Asbury, Francis (1745–1816) ialah pemimpin mazhab Methodist yang paling penting di Amerika pada akhir tahun 1700-an dan awal tahun 1800-an. Di bawah pimpinannya bilangan pengikut Methodist bertambah daripada beberapa ratus orang hingga menduduki tempat kedua selepas pengikut Baptis sebagai mazhab Protestan yang terbesar di Amerika. | UMUM | |
METAMORFISME | Metamorfisme ialah rangkaian proses yang mengubah bentuk batuan. Semasa metamorfisme, saiz, bentuk dan susunan mineral dalam batuan diubah suai. Hasilnya, mineral baru mungkin terbentuk atau mineral yang ada mungkin bertambah saiznya. | UMUM | |
KEJELEKITAN | Kejelekitan ialah daya yang menyatukan bahan. Kejelekitan terhasil daripada tarikan yang ada pada semua atom dan molekul terhadap satu sama lain. Tarikan ini banyak berkurangan apabila jarak di antara molekul sesuatu bahan bertambah. | UMUM | |
EKONOMI BIDANGAN | Ekonomi bidangan atau dikenali juga sebagai pulangan bertambah ikut bidangan ialah keadaan apabila kadar atau peratus pertambahan output melebihi kadar atau peratus pertambahan input. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
SWAN, SIR JOSEPH WILSON | Swan, Sir Joseph Wilson (1828–1914) ialah ahli kimia, jurutera elektrik dan pereka Inggeris yang terkemuka. Pada tahun 1860, dia mencipta lampu elektrik yang menggunakan filamen karbon dalam mentol kaca kosong. Pada tahun 1883, dia mempatenkan lampu yang menggunakan filamen yang bertambah baik yang dibuat daripada selulosa. | UMUM | |
OSTEOSKLEROSIS | Osteosklerosis bermakna pengerasan, penebalan dan peningkatan kepadatan tulang. Ia boleh melibatkan sebahagian tulang, keseluruhan tulang, atau keseluruhan rangka. Bentuk yang paling biasa yang dikenali sebagai tulang marmar atau osteopetrosis , adalah penyakit keturunan yang jarang berlaku yang menyerang kanak-kanak. Dalam penyakit ini, tulang menjadi amat padat dan tebal. Ketebalan yang bertambah ini mengisi ruang yang mengandungi sumsum tulang, iaitu tisu yang membuat sel darah merah. Akibatnya, kanak-kanak mengalami anemia yang teruk. Tulang yang mengalami osteosklerosis menjadi rapuh dan lebih mudah retak daripada tulang normal. Osteosklerosis boleh berlaku pada sebahagian tulang akibat jangkitan atau tumor. | UMUM | |
MENGUMPUL BUKU | Mengumpul buku ialah hobi yang popular. Orang mengumpul buku kerana beberapa sebab. Ramai orang mengumpul buku kerana mereka gemar membaca dan suka mengumpul barang. Sesetengah pengumpul berminat kepada perkara tertentu atau pengarang. Sesetengah orang mengumpul buku kerana kecantikan buku itu. Sesetengah orang pula mengumpul buku kerana berharap buku mereka akan bertambah nilainya dan menjadi pelaburan yang baik. | UMUM | |