Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tan.ding] | برتنديڠ

Definisi : 1. berlawanan, beradu (kuat, pandai, dll): minggu hadapan pasukan bola sepak Melayu Johor akan ~ dgn pasukan Pulau Pinang; dia akan masuk ~ dlm pilihan raya yg akan datang; 2. ada bandingnya (tolok­nya, imbangannya, taranya, dll): keke­jaman mereka tiada ~ di muka bumi ini; 3. berlumba-lumba, bersaingan: sudah dapat ia duduk di kota bolehlah dia ~ dgn saudagar-saudagar besar; 4. berlawan seorang sama seorang: hari ini dua lawan dua, besok ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tan.ding] | برتنديڠ

Definisi : 1 beradu atau berlawan utk menguji kekuatan dll: Minggu hadapan, pasukan bola sepak Johor akan ~ dgn pasukan bola sepak Pulau Pinang. 2 berlumba utk mencapai sesuatu; bersaing: Kaum wanita ~ dgn kaum lelaki utk mencapai kemajuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERLUMBAAN

Perlumbaan ialah pertandingan kelajuan. Orang

bertanding dalam acara lumba lari, renang dan

berjalan kaki. Sukan seperti lumba kuda dan lumba

kereta melibatkan manusia yang menunggang

haiwan atau mengendalikan mesin. Haiwan terlatih

juga bertanding antara satu sama lain dalam lumba

anjing dan merpati. Sesetengah perlumbaan

merupakan antara sukan yang paling popular di

dunia, menarik berjuta-juta penonton setiap tahun. Di

samping penonton yang menghadiri perlumbaan

utama, ramai lagi yang mengikutinya di kaca

televisyen.

UMUM 
PUTERI KAWAT

Puteri kawat juga dikenali sebagai majorette,

bertanding dalam pasukan antara satu sama lain

secara latihan dan dalam pelbagai taktik yang

rumit. Pasukan puteri kawat kadangkala berarak

dalam pesta dan upacara keraian seperti tatu

tentera dan pesta keramaian. Pasukan-pasukan ini

bertanding pada peringkat kebangsaan dan

peringkat antarabangsa. Terdapat kejohanan khas

untuk remaja berumur 13 tahun dan kategori

bawah 12 tahun.

UMUM 
OLAHRAGA

Olahraga ialah sukan yang menemukan

olahragawan untuk bertanding dalam acara lumba

lari, berjalan, melompat, dan membaling. Acara

balapan terdiri daripada lumba lari atau berjalan

pelbagai jarak. Acara padang ialah pertandingan

dalam acara melompat atau membaling.

Pertandingan balapan dan padang boleh diadakan

di dalam bangunan atau di luar bangunan. Lelaki

dan perempuan bertanding berasingan dalam

sesuatu acara olahraga.

UMUM 
DEKATLON

Dekatlon ialah pertandingan yang memakan

masa selama dua hari dalam sepuluh acara untuk

menentukan johan secara keseluruhan. Atlet

akan bertanding dalam acara pecut 100 meter,

lompat jauh, lontar peluru, lompat tinggi, dan

larian 400 meter dalam urutan yang sama pada

hari yang pertama. Acara pada hari kedua ialah

lari berhalangan 110 meter, lempar cakera, lompat

bergalah, lontar lembing dan lari 1500 meter. Atlet

bertanding melawan masa dan jarak piawaian yang

telah ditetapkan, bukannya bertanding antara satu

sama lain. Setiap acara dapat menghasilkan hingga

1200 mata. Atlet yang meraih mata keseluruhan

yang paling banyak memenangi pertandingan

dekatlon ini.

UMUM 
POLO AIR

Polo air sejenis sukan yang melibatkan dua

pasukan bertanding di dalam kolam dan cuba

menjaringkan gol dengan membaling atau menolak

sebiji bola getah berongga ke arah pintu gol lawan.

Satu mata diperoleh bagi satu gol yang masuk ke

gawang. Polo air adalah salah satu sukan yang

paling lasak kerana pemain menendang dan

bergelut atau kadangkala menekan kepala lawan ke

dalam air, sungguhpun perbuatan tersebut

menyalahi peraturan.

UMUM 
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai

ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 
SUKAN OLIMPIK

Sukan Olimpik ialah pertandingan atlet

antarabangsa yang paling penting di dunia. Sukan

Olimpik menemukan beribu-ribu atlet terbaik

dunia untuk bertanding antara satu sama lain

dalam pelbagai sukan individu dan berpasukan.

Berjuta-juta orang menyaksikan sukan ini, dan

lebih satu bilion orang di seluruh dunia menonton

Sukan Olimpik di kaca televisyen.

UMUM 
PERLUMBAAN MOTOBOT

Perlumbaan motobot ialah sukan yang menarik

dan banyak persaingan. Perlumbaan ini diadakan

untuk menguji prestasi motobot dan kemahiran

pemandunya. Setiap tahun, beribu-ribu orang

bertanding dalam pelbagai perlumbaan motobot.

Kategori perlumbaan berdasarkan faktor seperti saiz

bot, bentuk badan bot serta lokasi dan kekuatan enjin

bot.

UMUM 
ZAHARIAS, BABE DIDRIKSON

Zaharias, Babe Didrikson (1911?–1956) ialah atlet Amerika yang dianggap sebagai salah seorang

atlet wanita teragung dalam sejarah sukan. Dia memperoleh kemasyhurannya yang bertahan lama

dalam sukan golf dan olahraga, malah dia juga bertanding dalam pasukan bola keranjang, besbol, biliard poket, tenis, menyelam, dan juga berenang.

UMUM 
MEMANAH

Memanah ialah sejenis sukan yang

menggunakan busur dan anak panah. Pemanah

yang terlibat dalam sukan ini boleh mengambil

seberapa banyak acara yang dipertandingkan.

Antara yang paling popular melibatkan acara

memburu, pemanahan sasaran, pemanahan

padang, dan pemanahan udara. Bagi acara

memburu, pemanah menggunakan busur dan anak

panah. Sukan jenis ini menyalahi undang-undang

hampir di semua negara, termasuk juga Britain.

Bagi pemanahan sasaran dan pemanahan terbuka,

pemanah bertanding dengan memanah sasaran.

Sementara dalam pemanahan udara, pemanah

dikehendaki memanah ke suatu jarak yang jauh.

Ramai pemanah amatur dari seluruh dunia

menyertai pertandingan memanah yang dianjurkan

di peringkat antarabangsa. Memanah merupakan

salah satu acara yang dipertandingkan di Sukan

Olimpik Musim Panas.

UMUM 
12

Kembali ke atas