FORMULA 1 | Perlumbaan kereta bertaraf dunia | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
DEVOY, SUSAN | Devoy, Susan (1964– ) ialah juara skuasy wanita New Zealand, dan bertaraf pemain utama dunia pada pertengahan tahun 1980-an. | UMUM | |
MARQUESS | Marquess ialah darjah kebangsawanan dalam golongan bangsawan British. Seorang marquess, yang juga dieja marquis, bertaraf lebih tinggi daripada seorang earl atau baron, dan di tempat kedua selepas duke. | UMUM | |
PIRIE, GORDON | Pirie, Gordon (1931– ) ialah salah seorang atlet terkemuka Britain pada tahun 1950-an. Dia banyak memecahkan rekod larian, termasuk empat rekod dunia tetapi lariannya dalam kejohanan bertaraf dunia selalu mengecewakan. | UMUM | |
KOMPLEKS SUKAN NEGARA | Kompleks Sukan Negara ialah kompleks sukan Malaysia yang mempunyai lima buah stadium atau gelanggang utama bertaraf antarabangsa. | UMUM | |
DATO' KELANA SENDENG | DATO’ KELANA SENDENG (? -1872), Penghulu (bertaraf Dato’ Undang) Sungai Ujong yang ke-11 dan yang kelima memakai gelaran Dato’ Kelana. Dia adalah daripada perut hulu daripada dua pecahan waris di darat yang berhak memegang jawatan sebagai Dato’ Kelana. Dia dilantik pada tahun 1850 untuk menggantikan Dato’ Kelana Kawal (m. 1849). Dia memerintah luak Sungai Ujong selama 22 tahun (1850-1872). | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU | INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU, institusi akademik bertaraf fakulti yang mempunyai kedudukan dan struktur ilmiah yang tersendiri dalam universiti. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) dahulunya dikenal sebagai Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, ditubuhkan secara rasminya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1 Disember 1972. Penubuhannya ada disebut dalam buku Rancangan Malaysia Kedua. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGARA MALAYSIA | DARJAH KEBESARAN, BINTANG DAN PINGAT NEGARA MALAYSIA, kurniaan daripada kerajaan Malaysia sebagai penghargaan terhadap khidmat cemerlang seseorang yang dianggap di luar daripada bentuk ganjaran yang biasa. Pengurniaan tersebut merupakan kenaikan taraf seseorang daripada yang bertaraf biasa ke taraf yang lebih tinggi dari segi protokol kerajaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
SHARIF, OMAR | Sharif, Omar (1932– ) ialah nama pentas bagi pelakon kelahiran Mesir. Dia menjadi bintang filem terkenal apabila filem yang dibintanginya, Lawrence of Arabia (1962) memenangi Academy Award. Dia mengukuhkan statusnya apabila melakonkan watak utama dalam filem Dr. Zhivago (1965). Kedua-dua filem ini dihasilkan oleh pengarah berketurunan British, David Lean. Pada mulanya, Omar Sharif melakonkan watak hero yang romantik, iaitu watak stereotaip yang sukar dielakkannya. Kemudian, dia melakonkan watak komedi ringan. Minat peribadinya adalah untuk menjadi pelakon bertaraf dunia. Omar Sharif lahir di Iskandariah. Nama sebenarnya ialah Michael Shalhoub. | UMUM | |
ORANG IONIAN | Orang Ionian ialah sekumpulan orang Yunani purba. Mereka tinggal di beberapa bahagian Peloponnesus (bahagian selatan semenanjung Greece) sebelum tahun 1100 S.M. Kumpulan lain orang Yunani yang dinamai Dorian menyerang Peloponnesus pada akhir tahun 1100-an. Untuk menyelamatkan diri daripada penyerang itu, ramai orang Ionian lari ke bahagian timur Greece yang dikenali sebagai Attica. Sesetengah orang Ionia ini menjadi nenek moyang kepada orang yang tinggal di Athens apabila ia berkembang menjadi bandar raya bertaraf negara kota di Attica. Orang Ionian yang lain berlayar merentasi Laut Aegean dan menduduki Ionian , sebuah wilayah di sepanjang pantai barat Asia Kecil (Turki kini). | UMUM | |