Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ta.rikh] | برتاريخ

Definisi : bertanggal, ada tarikhnya: surat itu ~ 20 Mei 1960; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ta.rikh] | برتاريخ

Definisi : ada tarikh; tercatat tarikh pdnya: Surat tuan yg ~ 20 Mei 1985 telah diterima. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tarikh (kata nama)
Bersinonim dengan hari bulan, tanggal, titimangsa;,
Kata Terbitan : bertarikh, mentarikhkan, pentarikhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUSEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, sejarah perkembangan bahasa Melayu dari zaman dahulu hingga kini. Bahasa Melayu dari segi sejarah telah wujud pada abad ke-2 M. di Vietnam.  Prasasti berbahasa Melayu (yang tertua setakat ini) ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Touraine, Vietnam yang bertarikh pada abad ke-4 M.  Prasasti Muara Kaman, Kutai , Kalimantan Timur pula bertarikh pada 400 M.  tetapi masih menggunakan bahasa dan tulisan Sanskrit.  Hanya nama raja di tempat itu yang menggunakan nama Melayu.  Kemudian terdapat juga sebuah prasasti yang bertarikh pada awal abad le-7 M. Yang ditemui di Sajamerta, Jawa Tengah.  Selepas itu terdapat prasasti yang ditemui di daerah induk bahasa Melayu iaitu di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi.  Kesemua prasasti ini bertarikh pada akhir abad ke-7 M., dan tempat-tempat tersebut terletak di Palembang, Jambi dan Pulau Bangka.BAHASAKonsep
SCOTLAND, SEJARAH

Scotland, Sejarah. Peneroka awal di Scotland

mungkin telah tiba pada akhir Zaman Ais terakhir.

tetapi tinggalan arkeologi yang awal sehingga kini

menunjukkan ia bertarikh dari kira-kira tahun 6000

S.M. Penghuni awal Scotland ialah pemburu dan

nelayan yang berhijrah mengikut jalan laut dari

selatan. Bilangan mereka sangat kecil dan

sebahagian besarnya tinggal di kawasan pesisir.

Kebudayaannya tergolong dalam Zaman Mesolitik

(Zaman Batu Pertengahan).

UMUM 
LEMBAGA PENYATUAN DAN PEMULIHAN TANAH PERSEKUTUAN (FELCRA)Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan (FELCRA) ialah badan
berkanun yang terletak di bawah Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Ia ditubuhkan di
bawah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan
Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan
pindaan 1989. FELCRA ialah singkatan daripada
Federal Land Consolidation and Rehabilitation
Authority.
UMUMUmum
EJAAN SOEWANDI

EJAAN SOEWANDI,  sistem ejaan dengan menggunakan huruf Rumi untuk bahasa Indonesia setelah Indonesia mencapai kemerdekaan. Sistem ejaan ini dilaksanakan berdasarkan surat perintah No. 264/Bhg. A yang ditandatangani oleh Soewandi, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan ketika itu, bertarikh 19 Mac 1947.

BAHASABahasa
EJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWIEJAAN DAN SISTEM EJAAN JAWI, sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu yang berhuruf Arab yang disebut juga sebagai tulisan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai orang Jawah (           ) atau Jawi (          ). Ini disebabkan, pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara ini terkenal dengan nama Javadwipa. Maka dengan itu dapatlah nama tulisan Jawi. Bahan bertulisan Jawi yang tertua bertarikh tahun 1303. (702 H) yang berupa sebuah batu bersurat atau prasasti. Bahan tulisan tangan atau manuskrip yang tertua yang dalam bentuk buku ialah naskhah ‘Aqa’id al-Nasafi bertarikh 1590 (998 H).
BAHASABahasa
ORISSA

Orissa ialah negeri yang terletak di pantai timur

laut India. Negeri ini hanya menerima kunjungan

segelintir pelancong walaupun terkenal dengan

Kuil Matahari di Konarak dan Kuil Jagannath di

Puri. Di ibu negeri Orissa, Bhubaneswar, terdapat

beberapa buah kuil yang paling cantik di India

yang bertarikh tahun 600-an.

UMUM 
SAMOTHRACE,

Samothrace, juga dikenali sebagai Samothraki,

ialah pulau Yunani yang banyak disebut dalam

mitologi Yunani. Pulau ini meliputi kawasan seluas

178 kilometer persegi di Laut Aegean (lihat Greece

[peta]). Penduduknya berjumlah 2871 orang.

Pelancongan dan keluaran buah zaitun serta buah-

Buahan merupakan industrinya yang utama.

Runtuhan yang dijumpai di Samothrace bertarikh

semenjak tahun 500 S.M. Pada tahun 1863, patung

Winged Victory Samothrace yang masyhur dijumpai

di pulau ini .

UMUM 
PANCARAN PENA

PANCARAN PENA, majalah yang diterbitkan di Singapura dengan keluaran pertamanya bertarikh 1 Mei 1939.  Majalah ini diterbitkan dua minggu sekali dengan menggunakan tulisan Jawi.  Editor pertama majaIah ini ialah Jaafar Abdul Rahman.  Majalah ini diterbit dan dicetak oleh Pena Press Company, Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA

EJAAN PEMBAHARUAN BAHASA INDONESIA, sistem ejaan yang ketiga menggunakan tulisan Latin atau Rumi bagi bahasa Indonesia selepas Sistem Ejaan Rumi van Ophuijsen dan Sistem Soewandi. Sistem ejaan tersebut dirancang oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Prof. Dr. Prijono dan E. Katoppo. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan surat keputusan Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan No. 44876/s bertarikh 19 Julai 1958, yang ditandatangani oleh Moehammad Yamin, Menteri Pengajaran, Pendidikan dan Kebudayaan pada waktu itu.

BAHASABahasa
FELCRA

FELCRA, agensi berkanun. FELCRA ialah singkatan Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Lembaga Penyatuan Pemulihan Tanah Persekutuan). FELCRA ditubuhkan di abwah Akta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara yang bertarikh 1 April 1966 dan pindaan 1989. Pada peringkat awal, FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Tanah dan Pembangunan Wilayah. Kini FELCRA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Khidmat FELCRA disalurkan melalui rangkaian pejabat dan tapak rancangan di seluruh negara. Dasar atau pengawasan dan pelaksanaan FELCRA dirangka oleh Lembaga Pengurus.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
12

Kembali ke atas