Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tas.bih] | برتسبيح

Definisi : membaca (melafazkan) tasbih, melafazkan puji-pujian kpd Allah: mendengar bacaan al-Quran, berzikir, ~, bertahmid dan berdoa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tas.bih] | برتسبيح

Definisi : 1 membaca tasbih; melafazkan puji-pujian kpd Allah. 2 memakai atau menggunakan tasbih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertasbih


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NABI DAUD A.S.

Nabi Daud a.s. ialah salah seorang daripada Nabi

Allah yang diutuskan kepada manusia. Baginda

adalah anak kepada Yahudha ibn Ya‘kub ibn Ishak

ibn Ibrahim Khalil al-Rahman alaihissalam. Allah

SWT telah menurunkan kepadanya kitab Zabur

yang mengandungi pengajaran, teladan, kata-kata

hikmah dan zikir-zikir yang memuji Allah. Allah juga

telah mengurniakannya ilmu pengetahuan dan

kepetahan berucap di samping kedudukan sebagai

seorang nabi dan raja. Nabi Daud a.s. mempunyai

suara yang sangat lunak dan merdu hinggakan

apabila membaca kitab Zabur, burung-burung yang

terbang akan berhenti dan hinggap di dahan pokok

sambil berkicau mendengar bacaannya. Burung-

burung itu juga akan turut bertasbih apabila Nabi

Allah Daud bertasbih. Begitu juga dengan gunung-

ganang. Ia akan mengiringi Nabi Daud a.s. berzikir

pada waktu pagi dan petang. Nabi Daud a.s. banyak

melakukan amal ibadat pada waktu malam,

berpuasa pada waktu siang dan banyak

menghabiskan masanya dengan beribadat di masjid.

Allah SWT memberikan keistimewaan dan

mukjizat kepadanya iaitu gunung-ganang turut

mengiringinya bertasbih pada waktu pagi dan

petang. Burung-burung akan berkicau

mengiringinya apabila Nabi Daud a.s. membaca

kitab Zabur. Nabi Allah Daud dapat memahami

bahasa pertuturan burung. Bahkan turut mampu

melembutkan besi dan melenturnya dengan tangan

seolah-olah membuat adunan tepung. Selain

daripada itu, Nabi Allah Daud juga pakar dalam

membuat perisai perang.

UMUM 
SURAH AL-SAFFAT

Surah al-Saffat ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-37 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 182 ayat.

Surah ini dinamakan al-Saffat (Makhluk-makhluk

yang berbaris) yakni para malaikat penduduk langit

yang tidak putus-putus beribadat kepada Allah

S.W.T.. Firman Allah S.W.T.:

“Mereka bertasbih (kepada Allah) malam dan

siang tanpa henti-henti”.

(Surah al-Saffat 37:20)

UMUM 

Kembali ke atas