Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.té.ba.ran] | برتيبرن

Definisi : ber­tabur(an) ke sana ke mari, berhamburan, berserak-serak, terserak-serak: pengikut Wan Derus ~ di merata-rata pulau yg berham­piran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.té.ba.ran] | برتيبرن

Definisi : bertaburan di sana sini; berhamburan; berserak-serak: Batang-batang mancis ~ di atas lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terbar
Kata Terbitan : bertebar, bertebaran, menebar, tertebar, penebar,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PINTAIL

Pintail ialah itik air tawar yang berekor panjang.

Ia terdapat di seluruh Hemisfera Utara dan

bertebaran lebih banyak di dunia daripada lain-lain

jenis unggas air. Di Amerika Utara, banyak pintail

bersarang di Alaska dan Wilayah Yukon.

Sesetengahnya terbang ke timur Siberia di Asia

untuk bersarang dan kemudian kembali ke

Amerika Utara pada musim sejuk.

UMUM 
SEYCHELLES

Seychelles ialah negara di Afrika yang terdiri

daripada kira-kira 90 buah pulau di Lautan Hindi.

Pulau-pulau itu bertebaran dalam kawasan seluas

melebihi 1 035 995 kilometer persegi dan terletak

kira-kira 1600 kilometer ke timur tanah besar

Afrika.

UMUM 
NOTORNIS

Notornis ialah nama saintifik bagi burung nadir

yang tidak boleh terbang di New Zealand. Burung

ini juga dikenali sebagai takahe. Ia kini pupus di

Pulau Utara. Burung ini bertebaran luas di Pulau

Selatan pada zaman dahulu. Hanya beberapa

spesies notornis didapati dari tahun 1849 hingga

tahun 1898. Ia kemudiannya lenyap, dan ahli sains

menyangka ia telah pupus. Ia ditemui semula pada

tahun 1948.

UMUM 

Kembali ke atas