Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.lur] | برتلور

Definisi : ark 1. mengeluarkan telur: sungguhpun katak hidup di darat, tetapi biasanya ia kembali ke air utk menga­wan dan ~; 2. bp buang air besar, berak; 3. ki meng­­­gugurkan bom (dr kapal terbang), menge­­­bom; 4. ki mendatangkan hasil (keuntungan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.lur] | برتلور

Definisi : 1 mengeluarkan telur. 2 ki ada hasilnya (keuntungannya dsb); berhasil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertelur

Puisi
 

Burung merpati bertelur tunggal,
     Menetas anak turun ke paya;
Ibu mati bapa pun meninggal,
     Di manalah tempat kami nak bermanja.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Ayam bertelur di atas padi,
     mati kelaparan.

Bermaksud :

Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur. (Biasa juga: Ayam di kepuk mati kelaparan).

 

Lihat selanjutnya...(16)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLATIPUS

Platipus ialah satu daripada hanya dua mamalia

yang membiak dengan bertelur. Satu lagi mamalia

yang bertelur ialah ekidna atau tenggiling berduri.

Platipus juga sering dikenali sebagai paruh itik

kerana mempunyai muncung yang lebar, leper,

dan tidak berbulu yang menyerupai paruh itik.

UMUM 
PLEKOPTERA

Plekoptera ialah serangga yang bertelur di

dalam air. Anak plekoptera tinggal di anak sungai

atau di sepanjang kolam cetek yang berbatu.

UMUM 
EKIDNA

Ekidna ialah sejenis mamalia yang bertelur.

Platipus ialah satu-satunya mamalia lain yang

tidak melahirkan anak. Ekidna juga dinamakan

tenggiling berduri.

UMUM 
SAPSUCKER

Sapsucker adalah satu daripada sekumpulan

burung dalam famili belatuk. Ia hanya tinggal di

Amerika Utara. Burung ini dinamakan sapsucker

kerana sebahagian daripada dietnya ialah

sap daripada pokok. Ia memperoleh sap ini

dengan membuat lubang kecil yang dinamakan

perigi pada kulit pokok. Ia juga memakan serangga

yang tertarik kepada sap, memakan semut dan buah

liar. Sapsucker yang biasa didapati di timur Amerika

Syarikat ialah sapsucker perut kuning . Burung

jantannya mempunyai jambul dan leher berwarna

merah marak (skarlet) dan bahagian atas berwarna

hitam dengan tanda-tanda putih. Pada musim sejuk

sapsucker terbang ke selatan sejauh Amerika Tengah.

Ia bertelur dalam lubang di pokok. Burung betina

bertelur tiga hingga tujuh biji telur berwarna putih bersih.

Sapsucker dada merah barat tinggal di Pantai Pasifik. Burung

dewasa kedua-dua jantina mempunyai jambul, leher

dan dadanya, berwarna merah. Sapsucker

mempunyai tabiat yang hampir sama dengan burung

belatuk tetapi kadangkala ia merosakkan pokok.

UMUM 
BURUNG MUTTON

Burung mutton ialah nama bagi beberapa

spesies shearwater (burung laut) yang dijadikan

sebagai makanan (lihat Shearwater ). Burung

mutton ialah sejenis burung laut dan berwarna

perang-balung. Burung ini terbang hingga ke

Jepun dan Alaska untuk bertelur di pulau-pulau

yang terdapat di Hemisfera Selatan.

UMUM 
NENE

Nene, juga dikenali sebagai angsa Hawaii , ialah

burung nadir di Hawaii. Ia juga adalah burung

rasmi Hawaii. Nene panjangnya 56 sentimeter

hingga 66 sentimeter. Ia berwarna perang dengan

bulu pelepah yang panjang berwarna kuning di

lehernya. Ia hidup di desa terbuka dan memakan

terutamanya rumput. Nene betina bertelur tiga

hingga enam biji telur berwarna putih krim. Pada

tahun 1950, hanya wujud kira-kira 50 ekor. Sejak

itu, bilangan nene bertambah banyak hasil

daripada program pembiakan dan perlindungan.

Pengelasan saintifik. Nene tergolong dalam famili

Anatidae. Ia adalah Nesochen sandvicensis.

Lihat juga Burung (gambar: Burung di

Kepulauan Lautan).

UMUM 
AYAM MALLEE

Ayam mallee tergolong dalam keluarga burung

yang beratnya menyerupai ayam. Ia hidup di

kawasan separa gurun di Australia, iaitu tempat

pokok renek mallee tumbuh. Ayam mallee

berukuran 550 hingga 700 milimeter panjang dan

beratnya kira-kira dua kilogram. Pada musim sejuk

ayam mallee mengorek lubang di kawasan separa

gurun untuk bertelur. Kemudian ia memasukkan

daun dan rumput sebelum menutupnya dengan

pasir sehingga menjadi seperti busut kecil. Ayam

mallee jantan mengukur suhu busut ini dengan

lidahnya dan menstabilkan suhunya agar bertahan

pada kadar lebih kurang 33 ° C dengan menambah

atau membuang pasir busut itu. Apabila menetas,

anak ayam ini akan berusaha keluar sendiri

daripada busut itu. Ia boleh berlari dan terbang

dalam masa 24 jam selepas menetas dan tidak

dipelihara oleh induknya.

Pengelasan saintifik. Ayam mallee tergolong dalam

famili Megapodiidae. Nama saintifiknya Leipoa ocellata .

UMUM 
AYAK-AYAK

Ayak-ayak ialah nama yang popular bagi

sejenis serangga berkaki panjang yang juga

dikenali sebagai lalat janjan ( crane fly ). Ia

mempunyai badan yang langsing dan kaki yang

sangat panjang. Ayak-ayak dewasa terbang

dengan perlahan dan lazimnya terdapat di

kawasan berumput

dan berhampiran

dengan air. Ayak-ayak

betina bertelur,

kemudian telur

tersebut menetas

menjadi larva yang

dikenali sebagai

‘Leather-jacket’ .

Makanan utama

leather jacket ialah

akar tumbuhan.

Sesetengahnya haiwan

perosak bagi tanaman

bijirin.

UMUM 
SWIFT

Swift ialah nama biawak tertentu yang kecil, tangkas.

Ia hidup di kawasan yang kering, panas di Amerika

Syarikat, Mexico, dan Amerika Tengah. Biawak ini

mempunyai sisik dengan rabung dan hujung yang

tajam. Banyak swift mempunyai perut yang berwarna

biru terang dan sering dinamakan biawak perut biru.

Swift memakan serangga. Kebanyakan jenis swift

bertelur, tetapi sesetengah spesies melahirkan anak.

Pengelasan saintifik: Swift tergolong dalam famili

biawak Dunia Baru, Iguanidae. Ia adalah genus Sceloporus.

UMUM 
SKARAB

Skarab ialah nama sekumpulan besar kumbang.

Terdapat kira-kira 20 000 spesies skarab.

Sesetengah spesies memakan tumbuh-tumbuhan,

dan di sesetengah negara, berbahaya kepada

laman atau tanaman. Spesies-spesies lain

membiak dalam najis. Ia kadangkala menggulung

najis hingga menjadi until kecil, yang dibawa ke

lubang bawah tanah untuk dijadikan makanan

larva. Skarab bertelur beruntil-until.

UMUM 
12

Kembali ke atas