Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.ria/] | برترياق

Definisi : 1. berseru (memanggil dll) dgn suara yg keras dan nyaring, melaung, meme­kik: maka ~lah kawan bertanya, ‘Perahu dr mana ini?’; 2. Kd, Kl bp menangis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.ria/] | برترياق

Definisi : berseru dgn suara yg keras dan nyaring; menjerit; melaung; memekik: Cuba lihat siapa yg ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teriak
Kata Terbitan : berteriak, meneriak, meneriakkan, meneriak-neriakkan, teriakan,

Peribahasa

Bagai bunyi orang dikoyak harimau.

Bermaksud :

Berteriak-teriak atau melolong dengan kuat.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAFIYYAH BINT ‘ABD AL-MUTTALIB

Safiyyah bint ‘Abd al-Muttalib (?–20 H. / ?– 641

M.) ialah ibu saudara Rasulullah s.a.w. dan

juga ibu Zubayr ibn Awwam. Dia ialah seorang

daripada 10 orang yang dijanjikan syurga oleh

Rasulullah s.a.w. dan dia juga adalah seorang sahabat

nabi. Pada zaman jahiliah, dia berkahwin dengan

Harith ibn Harb ibn Umayyah. Dia kemudiannya

berkahwin dengan Awwam ibn Khuwaylid dan

mempunyai beberapa orang anak termasuk al-

Zubayr. Safiyyah bint ‘Abd al- Muttalib memeluk

Islam dan memberikan taat setia kepada Islam serta

turut berhijrah ke Madinah. Dia turut serta dalam

Perang Uhud dan Perang Khandaq. Dalam Perang

Uhud, dia berdiri dengan memegang sebatang

lembing yang dihalakan kepada orang ramai sambil

berteriak: Adakah kamu menerima kekalahan dan

meninggalkan Rasulullah?”. Dalam Perang al-Ahzab,

dia membunuh seorang Yahudi yang mengintip

orang Islam. Oleh itu, dia dikatakan wanita yang

pertama membunuh seorang lelaki Musyrikin. Dia

juga ialah seorang penyair yang berkebolehan. Dia

mencipta syair untuk meratapi Rasulullah s.a.w. serta

saudaranya Hamzah ibn ‘Abd al-Muttalib. Dia

meninggal dunia pada zaman Khalifah ‘Umar ibn al-

Khattab dan dikebumikan di al-Baqi‘.

UMUM 

Kembali ke atas