Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.ti.kam] | برتيکم

Definisi : saling menusuk dgn senjata (spt pisau dll): maka orang mengamuk itu pun datang, lalu ~ dgn Raden Kelang; mereka menaiki perahu lanun itu dan bertikam-tikaman dgn hebat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.ti.kam] | برتيکم

Definisi : berkelahi dsb dgn menusukkan senjata. ~ lidah ber­tengkar; berbalah; berdebat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bertikam

Puisi
 

Sayang kenyalang berbonet bata,
     Baba Siong menjadi kerani;
Alang-alang bertikam mata,
     Baik dilangsung sama sekali.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IKAT PINGGANG

IKAT PINGGANG, kain panjang yang dililit pada pinggang lelaki atau perempuan untuk mengukuhkan kedudukan samping atau sarung. Ikat pinggang juga disebut ‘bengkung’.

            Ikat pinggang yang dipakai di atas samping berfungsi sebagai penggalas keris atau senjata lain. Ikat pinggang yang panjang yang dililit beberapa kali di pinggang boleh melindungi pemakainya daripada tercedera semasa bertikam.

BUDAYAArtifak/Mentifak

Kembali ke atas