MONSUN | Monsun ialah angin bermusim yang bertiup di bahagian utara Lautan Hindi, terutama di Laut Arab serta kebanyakan kawasan daratan di sekelilingnya. Angin monsun bertiup sepanjang masa dari arah barat daya pada bulan April hingga Oktober. Ia bertiup dari arah timur laut pada bulan November hingga Mac. | UMUM | |
ANGIN | Angin ialah udara yang bergerak merentas permukaan bumi. Angin mungkin bertiup dengan begitu perlahan dan lembut sehingga tidak terasa tiupannya, atau mungkin bertiup dengan begitu kuat dan kencang sehingga merobohkan bangunan dan menumbangkan pokok besar. | UMUM | |
SIROCCO | Sirocco ialah nama Itali bagi angin panas yang bertiup ke arah utara dari Gurun Sahara atau Gurun Arab yang panas dan kering. Tiupan angin ini kerap berlaku semasa musim bunga di negara Eropah, di bahagian utara Laut Mediterranean. Angin sirocco mungkin membawa bersamanya lembapan semasa melintasi Laut Mediterranean dan tiba di pantai Eropah sebagai angin yang panas dan lembap. Semasa bertiup ke arah utara, angin ini menghasilkan kabus dan hujan. Kadangkala angin ini membawa bersamanya debu gurun. Apabila angin sirocco yang kering bertiup, butir pasir yang halus menjadikan langit gelap. Angin ini menyebabkan selaran matahari pada kulit dan mengeringkan tekak. Istilah sirocco kadangkala digunakan untuk merujuk kepada apa-apa angin panas yang tidak bermusim yang bertiup dari selatan di kawasan Mediterranean. | UMUM | |
MISTRAL | Mistral adalah angin utara yang sejuk, kering, dan bertiup kencang dari barat Alps dan penara di selatan Perancis dan keluar ke Mediterranean. Udara yang berat dan sejuk dari tanah tinggi bergerak semakin laju apabila menghampiri udara yang lebih panas dan ringan di atas permukaan laut pada musim sejuk. Keadaan ini menyebabkan wujudnya angin kencang secara tiba-tiba, apabila angin sejuk turun ke aras laut dan angin panas bergerak ke atas. Mistral menyebabkan fros berlaku dan menyebabkan kerosakan tumbuhan. Keadaan ini tidak sesuai bagi ladang anggur di selatan Perancis. Angin mistral lazimnya bertiup selama 100 hari dalam setahun. | UMUM | |
ANGIN PASAT | Angin pasat ialah angin kencang yang bertiup menuju ke khatulistiwa dari arah timur laut atau tenggara. Pada zaman pelayaran silam, kapal-kapal pedagang banyak bergantung pada angin pasat. | UMUM | |
ANGIN LAZIM BARATAN | Angin lazim baratan ialah angin yang bertiup di kawasan tengah garisan lintang utara dan selatan dari arah barat ke timur. | UMUM | |
ANGIN UTARA | Angin utara ialah angin musim sejuk yang dingin yang bertiup di selatan Amerika Syarikat dan Teluk Mexico, memusnahkan tanaman dan kapal. | UMUM | |
SARAH AIS | Sarah ais atau dinamakan pek ais. Apabila permukaan air laut di kawasan Artik membeku, ia menjadi lembar ais. Apabila angin bertiup kencang, ia boleh memecahkan lembar ais ini. Kepingan ais yang besar juga boleh memecahkan lembar ais apabila bahagian tepinya mencair pada musim panas. Kepingan ais leper yang terapung yang dikenali sebagai flo ais , boleh terbentuk semula bersama sarah ais , sama ada terapung di lautan atau tersusun di pinggir pantai. Sarah ais juga dikenali sebagai ais sarah. Lihat juga Aisberg; Antartika; Lautan Artik. | UMUM | |
PRAIRI | Prairi ialah kawasan datar atau tanah berbukit, terutamanya dilitupi oleh rumput yang tinggi. Para perintis yang mula-mula melihat prairi yang rata di Barat Tengah Amerika memerikannya sebagai “lautan rumput”. Angin bertiup lembut ke arah rumput hijau seperti permaidani itu. Di sesetengah tempat, rumput tumbuh lebih tinggi daripada orang dewasa. Kini, ladang jagung dan ladang gandum melitupi hampir sebahagian besar prairi. Tidak banyak prairi yang tidak digunakan oleh aktiviti manusia. | UMUM | |
KAWASAN LINDUNGAN HUJAN | Kawasan lindungan hujan berlaku apabila laluan angin daratan yang lembap disekat oleh banjaran gunung. Ketika angin menaik untuk melintasi gunung, hujan turun di dataran pantai dan lereng gunung. Angin yang kering kemudian bertiup ke arah pedalaman tetapi hanya sedikit hujan turun selepas banjaran gunung. Kawasan kering yang terletak selepas pergunungan inilah yang dikenali sebagai kawasan lindungan hujan. | UMUM | |