Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.buh] | برتوبوه

Definisi : bp berbadan sihat, gemuk, tambun: anak dia itu ~ benar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.tu.buh] | برتوبوه

Definisi : 1 mempunyai tubuh; berbadan: ~ tegap; ~ kecil. 2 sihat serta segar badannya; subur: Bayi yg ~ itu memenangi peraduan kanak-kanak sihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tubuh (kata nama)
Bersinonim dengan badan, jasad, jasmani, jisim, diri, rangka, bentuk, sarira;,
Kata Terbitan : bersetubuh, menyetubuhi, persetubuhan, bertubuh, menubuhkan, tertubuh, pertubuhan, penubuhan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAORI

Maori ialah penduduk asli New Zealand. Mereka

ialah orang Polinesia yang bertubuh tinggi, tegap,

berkulit sawo matang dengan mata yang berwarna

perang serta rambut hitam yang ikal atau lurus.

UMUM 
ABOMINABLE SNOWMAN

Abominable Snowman dikenali juga sebagai

Yeti , ialah sejenis makhluk yang dikatakan pernah

menghuni di Gunung Everest dan beberapa gunung

lain di Banjaran Himalaya di Asia. Makhluk seperti

ini juga dilaporkan ada ditemui di kawasan terpencil

di China, Siberia, dan tempat lain di Asia. Mengikut

legenda, Abominable Snowman, ialah seekor

haiwan berbulu tebal, bertubuh seperti monyet

besar, dan menyerupai manusia. Ia mempunyai

lengan yang panjang hingga ke lutut, dan berjalan

tegak dengan kaki yang besar. Legenda juga

menceritakan bahawa Abominable Snowman

kadang-kadang turun dari gunung dan menyerang

penduduk kampung. Nama Abominable Snowman

mungkin berasal dari terjemahan metoh kangmi,

iaitu nama bagi makhluk ini dalam bahasa Tibet.

Nama Yeti pula berasal daripada bahasa kaum

Sherpa dari Nepal. Mungkin nama yang diberikan

ini dikaitkan dengan haiwan memamah segala-galanya

dan mungkin juga merujuk kepada raksasa

gunung dan bukannya makhluk sebenar.

UMUM 

Kembali ke atas