AUCHINLECK, SIR CLAUDE JOHN EYRE | Auchinleck, Sir Claude John Eyre (1884– 1981), marsyal medan perang British yang bertugas di Mesir dan Mesopotamia dalam Perang Dunia I (1914–1918). Dalam Perang Dunia II (1939–1945), dia menjadi ketua komander untuk kuasa Berikat di India pada tahun 1941 dan sekali lagi pada tahun 1943 hingga tahun 1947. Dia meghadapi cabaran paling hebat dalam kariernya sewaktu bertugas sebagai ketua komander di Timur Tengah (1941–1942). Tentera kelapan pimpinannya kekurangan tenaga dan senjata. Namun, Auchinleck tetap mara menentang kuasa Paksi dan dipaksa berundur. Dia mengumpulkan semua tenteranya di belakang El Alamein tetapi telah ditarik jawatan komandernya sebelum dia sempat bertindak. Dia lahir di Aldershot, Hampshire, England. | UMUM | |
PALANG MERAH | Palang Merah ialah pertubuhan yang bertugas untuk melegakan penderitaan manusia. Lebih daripada 170 buah negara mempunyai persatuan Palang Merah kebangsaan. Setiap persatuan kebangsaan mempunyai programnya sendiri. Walau bagaimanapun, petugas Palang Merah di seluruh dunia bersatu dalam mencapai matlamat mereka. Mereka cuba untuk menghindarkan penderitaan semasa perang atau aman, dan berkhidmat untuk semua orang, tidak kira ras, kewarganegaraan dan agama. | UMUM | |
PILLAY, NARIANA | Pillay, Nariana ( ? – ? ) ialah ahli perniagaan India yang pertama berjaya di Singapura. Dia lahir dalam keluarga Hindu di Pulau Pinang. Dia bertugas sebagai kerani dan tiba di Singapura pada bulan Jun 1819, bersama-sama Sir Stamford Raffles, pengasas Singapura moden. | UMUM | |
MURAT, JOACHIM | Murat, Joachim (1771?–1815), komander askar berkuda Perancis yang terkenal semasa Napoleon I, memerintah Naples antara tahun 1808 hingga tahun 1814. Dia bertugas bersama-sama Napoleon Bonaparte dan mendapat ganjaran apabila berkhidmat di Itali pada tahun 1796. Napoleon melantiknya sebagai jeneral pada tahun 1799, apabila dia mengalahkan orang Turki di Mesir. Askar berkuda Murat memainkan peranan penting dalam kemenangan Napoleon di Austerlitz, Jena, dan Friedland (lihat Ney, Michel). | UMUM | |
KELENGKAPAN | Kelengkapan ialah istilah ketenteraan yang merujuk kepada senjata dan amunisi. Kebanyakan tentera darat, tentera laut, dan tentera udara mempunyai jabatan kelengkapan. Jabatan ini bertugas untuk mereka, membuat, memperbaiki, dan mengagih senjata dan amunisi. Istilah kelengkapan juga termasuk peralatan yang digunakan dalam pembuatan dan penyelenggaraan barang-barang ini. | UMUM | |
NOEL-BAKER, LORD | Noel-Baker, Lord (1889–1982), Baron Noel-Baker of Derby, penerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1959 kerana usahanya dalam pelucutan senjata di peringkat antarabangsa. Dia bertugas di konvensyen keamanan Paris pada tahun 1919 dan konvensyen pelucutan senjata Geneva pada tahun 1932, dan membantu dalam mendraf Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1924. Dia memegang jawatan dalam kerajaan Buruh pada tahun 1945 hingga tahun 1951. Dia menjadi bangsawan pada tahun 1977. Philip John Baker lahir di London. | UMUM | |
SOONG CHING-LING | Soong Ching-ling (1890–1981) ialah tokoh yang terkemuka dalam kerajaan Komunis China. Dia berkhidmat sebagai Naib Pengerusi dalam kerajaan dari tahun 1949 hingga tahun 1975. Soong Ching- ling bertugas sebagai ketua pertubuhan wanita kebangsaan dan juga Sino-Soviet Friendship Assocation (Persatuan Persaudaraan China- Soviet) setelah Parti Komunis berjaya bertapak di China. Dia dianugerahi Hadiah Keamanan Stalin tahun 1925. | UMUM | |
OTHMAN SULAIMAN | OTHMAN SULAIMAN (1952 – 1992), penulis dan penterjemah. Dia lahir pada 2 April 1925 di Enggor, Perak. Dengan kelulusan Cambridge School Certificate (1941) dan Higher School Certificate (1958), Othman bertugas sebagai kerani di Jabatan Pelajaran Perak pada tahun 1946. Pada awal tahun 1950-an, dia bertugas sebagai guru bahasa Inggeris dan penterjemah di Maktab Pengurusan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Dari tahun 1958 hingga tahun 1959, Othman berkhidmat sebagai setiausaha Lembaga Pelajaran Negeri Perak. Pada 1 Disember 1959, dia dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan bertugas sebagai penolong pengarang. Pada tahun 1968, dia dilantik sebagai pengarang hinggalah dia bersara pada tahun 1977. | BAHASA | Tokoh |
MOHD. NOOR MOHAMED, DATUK | MOHD. NOOR MOHAMED, Datuk (1901-1990), guru dan pemimpin masyarakat. Dia lahir pada 20 Disember 1901 di Kampung Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Selepas lulus peperiksaan Senior Cambridge pada tahun 1918, Mohd. Nor bertugas sebagai guru pelatih di Penang Free School pada tahun 1919. Seterusnya dia bertugas di sekolah sama dari tahun 1923 hingga tahun 1949. Dia kemudian dilantik sebagai nazir sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Seberang Perai hingga tahun 1952. Dia kembali bertugas di Penang Free School sebagai guru kanan mata pelajaran Bahasa Melayu sehingga bersara pada tahun 1961. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TULIS SUTAN SATI | TULIS SUTAN SATI (1898-1942), penulis Indonesia. Dia lahir di Bukittinggi, Sumatera, Indonesia. Setelah tamat persekolahan, dia bertugas dalam bidang pendidikan. Kemudian dia bertugas sebagai pengarang di penerbit Balai Pustaka yang dibentuk pada tahun 1908 dengan nama Kantor Bacaan Rakyat oleh kolonial Belanda. | SASTERA | Tokoh |