Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.tu.nas] | برتونس

Definisi : 1. tumbuh tunasnya (pokok dll): kacang soya yg ~ atau bercambah itu banyak mengandungi kalsium; 2. ki mempunyai anak cucu, menurunkan zuriat, berketurunan; 3. ki tumbuh atau timbul, hidup, muncul, terbit: dlm tahun dua dan tiga puluhan, kesedaran kebangsaan mula ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tunas (kata nama)
Bersinonim dengan pucuk, taruk, kecambah, sulur, mata, putih, kudup, bakal cabang, semi;,
Kata Terbitan : bertunas,

Puisi
 

Pokok hijau baru berdaun,
     Habis daunnya dipetik budak;
Hujan tidak panas setahun,
     Cabang dan ranting bertunas jugak.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kalau bertunas diganggut kambing.

Bermaksud :

Nasib yang malang. ganggut = ragut, renggut.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEI

Mei ialah bulan pada awal musim sejuk di

Hemisfera Selatan. Di zon sederhana utara dunia,

Mei adalah salah satu bulan yang paling indah

dalam setahun. Salji dan ais telah cair, dan musim

panas belum bermula. Tanaman taman mula

bertunas pada bulan Mei. Pokok dan rumput

menghijau dan tumbuhan liar berkembang mekar.

Bunga liar yang kembang pada bulan Mei di

Hemisfera Utara ialah mawar, anemone, hepatika,

forsythia, dogwood, dan violet. Banyak burung yang

membuat sarang, dan ibu burung mengeram telur

yang bakal menetas tidak lama lagi.

UMUM 

Kembali ke atas