MARLBOROUGH, DUKE OF | Marlborough, Duke of (1650–1722) ialah jeneral British yang teragung. Dia memenangi kejayaan yang cemerlang berturut-turut di Blenheim, Ramillies, Oudenaarde, dan Malplaquet dalam kempennya dalam Perang Rebut Takhta Sepanyol (lihat Pertempuran Blenheim). | UMUM | |
ROSE, LIONEL | Rose, Lionel (1948– ) ialah peninju Orang Asli Australia. Dia menjadi juara tinju bantam weight dunia pada tahun 1968. Dia menewaskan peninju Jepun, Masahiko “Fighting” Harada mengikut kiraan mata dalam perlawanan untuk merebut gelaran ini di Tokyo. Kemenangan ini adalah yang ke-16 berturut-turut bagi Rose. Dengan kemenangan ini, dia memenangi 28 daripada 30 pertandingan profesional. Dia hilang gelarannya kepada peninju Mexico, Ruben Olivares, di Mexico pada tahun 1969. | UMUM | |
MITCHELL, REGINALD JOSEPH | Mitchell, Reginald Joseph (1895–1937) ialah jurutera penerbangan British yang mereka bentuk Spitfire, iaitu kapal terbang pejuang Britain yang terkemuka semasa Perang Dunia II. Dia menyertai Vicker Aviation Ltd. pada tahun 1916. Joseph Mitchell menjadi ketua pereka dan bertanggungjawab terhadap kapal terbang laut Vickers Supermarine yang memenangi Trofi Schneider tiga kali berturut-turut antara tahun 1927 hingga tahun 1931 (lihat Trofi Schneider). Supermarine S6, pemenang Trofi Schneider pada tahun 1931, ialah kapal terbang pertama yang melebihi kelajuan 644 kilometer (400 batu) sejam. Mitchell lahir berhampiran Stoke-on-Trent, di Staffordshire, England. | UMUM | |
DIALEK MELAYU MANADO | DIALEK MELAYU MANADO, dialek yang dituturkan oleh sebahagian penduduk di Sulawesi Utara, Indonesia. Sejak abad ke-16, sebahagian kecil daerah itu terlibat dalam jaringan perdagangan Asia Tenggara. Keterlibatan itu lebih nyata pada zaman kolonial kerana berturut-turut orang Portugis, Sepanyol dan Belanda menghubungi dan menguasai beberapa daerah pesisiran Sulawesi Utara. | BAHASA | Bahasa |
BAHASA MELAYU MANADO | BAHASA MELAYU MANADO, dialek yang dituturkan oleh sebahagian penduduk di Sulawesi Utara, Indonesia. Sejak abad ke-16, sebahagian kecil daerah itu terlibat dalam jaringan perdagangan Asia Tenggara. Keterlibatan itu lebih nyata pada zaman kolonial kerana berturut-turut orang Portugis, Sepanyol dan Belanda menghubungi dan menguasai beberapa daerah pesisiran Sulawesi Utara. | BAHASA | Bahasa |
SURAH AL-MURSALAT | Surah al-Mursalat ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-77 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 50 ayat. Surah ini dinamakan al-Mursalat kerana Allah S.W.T. bersumpah pada awal surah ini dengan perkataan itu sebagaimana berikut “Wal Mursalati ‘Urfa” yang bermaksud: “Demi (makhluk-makhluk) yang dihantarkan berturut-turut (menjalankan tugasnya)”. (Surah al-Mursalat 77:1) | UMUM | |
KUPU-KUPU GIPSI | Kupu-kupu gipsi ialah anggota famili kupu-kupu rumpun yang merosakkan pokok hutan dan pokok buah, terutamanya di Amerika Utara. Beluncas kupu-kupu gipsi memakan daun pokok daun lebar dan daun jejarum. Semasa berlaku wabak besar, beluncas ini boleh menggondolkan pokok. Penggondolan ini boleh mematikan pokok daun jejarum, dan pokok daun lebar mungkin mati akibat pokoknya gondol dalam beberapa tahun berturut-turut. Beluncas kupu-kupu gipsi memusnahkan terutamanya pokok oak. | UMUM | |
BORG, BJÖRN | Borg, Björn (1956– ), menjadi salah seorang pemain tenis terkemuka dalam sejarah permainan tenis. Borg merupakan satu-satunya pemain dalam sejarah tenis moden yang memenangi acara perseorangan lelaki di kejohanan All-England (Wimbledon) sebanyak lima kali berturut-turut. Dia memenangi kejohanan ini, iaitu kejohanan yang paling disanjungi di dunia, pada tahun 1976, 1977, 1978, 1979, dan 1980. | UMUM | |