SEMIT | Semit adalah orang yang bertutur dalam bahasa Semitik, seperti bahasa Arab atau Ibrani. Mereka hidup terutamanya di Ethiopia, Iraq, Israel, Jordan, Lubnan, Syria, Semenanjung Arab dan utara Afrika. Kaum Assyria purba, Babylon, Canaanite, Eblaite Ibrani dan kaum Phoenicia juga adalah kaum Semit. | UMUM | |
ORANG TURKI | Orang Turki ialah orang yang bertutur dalam bahasa Turkik. Terdapat kira-kira 10 bahasa Turkik. Bahasa utama ialah bahasa Turki. Hampir separuh daripada kira-kira 90 juta orang Turki di dunia tinggal di Turki. Yang lainnya tinggal di kawasan Asia Tengah, di Azerbaijan, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Turkmenistan, dan Uzbekistan. Terdapat juga komuniti besar orang Turki di Afghanistan, China, Iran, Mongolia, dan Rusia. Sesetengah orang Turki juga tinggal di negara Balkan, di tenggara Eropah. | UMUM | |
SOTHO | Sotho ialah nama sekumpulan orang yang bertutur dalam bahasa yang serupa di Afrika Selatan, Lesotho dan Botswana. Istilah BaSotho bermaksud orang kulit hitam. Pengguna bahasa Sotho utara, selatan, dan barat ialah kumpulan orang yang mempunyai bahasa dan ciri kebudayaan yang tersendiri. | UMUM | |
DRUZ | Druz ialah sekumpulan orang yang bertutur dalam Bahasa Arab di Timur Tengah. Terdapat lebih 500 000 orang Druz. | UMUM | |
PIJIN | bahasa yang terbentuk apabila dua komuniti bahasa yang tidak bertutur dalam bahasa yang sama cuba berkomunikais. | BAHASA | Konsep |
YPRES | Ypres (pend. 34 758) ialah bandar Belgium di kawasan Flanders Barat yang penduduknya bertutur bahasa Belanda. | UMUM | |
KESUSASTERAAN JERMAN | Kesusasteraan Jerman ialah kesusasteraan orang Eropah tengah yang bertutur dalam bahasa Jerman. Ia termasuk karya dari Jerman, Austria, Switzerland dan juga kawasan berjiran seperti Alsace, Bohemia dan Silesia. | UMUM | |
KESUSASTERAAN YIDDISH | Kesusasteraan Yiddish ialah kesusasteraan orang Yahudi yang menulis dan bertutur dalam bahasa Yiddish. Kesusasteraan Yiddish bermula pada akhir tahun 1200-an dan mencapai kemuncaknya pada akhir tahun 1800-an dan awal 1900-an. | UMUM | |
BIEDERMEIER | Biedermeier ialah gaya reka bentuk yang dibuat di negara-negara Eropah yang bertutur bahasa Jerman pada awal tahun 1800-an. Nama ini berasal daripada watak lucu dalam kesusasteraan Jerman yang popular pada tahun 1830-an. Papa Biedermeier melambangkan kehidupan berkeluarga, nilai-nilai konservatif, dan kehidupan yang kukuh lagi selesa. Istilah Biedermeier digunakan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, dan seni hiasan. Kini, ia dikaitkan khusus dengan perabot rumah Jerman yang selesa, yang dihasilkan pada tahun 1820 dan 1850. | UMUM | |
AKSEN | Aksen dalam bahasa ialah penekanan yang diberi pada suku kata dalam sesuatu kata. Aksen juga merujuk kepada cara kita bertutur, dan cara menunjukkan bagaimana menyebut sesetengah huruf dengan cara tertentu. | UMUM | |