Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERMOMETER

Termometer ialah alat yang mengukur suhu

gas, cecair, dan pepejal. Apabila suhu sesuatu

bahan berubah, sesetengah sifat fizikal dan

kimianya juga berubah. Misalnya, bahan boleh

berubah warna, bentuk atau isi padu. Termometer

mengukur satu daripada perubahan ini dan

biasanya menunjukkan saiz perubahan ini sebagai

nombor. Nombor ini boleh ditukarkan kepada nilai

suhu dengan menggunakan skala suhu yang

sesuai. Skala demikian termasuk Fahrenheit,

Celsius, dan Kelvin.

UMUM 
TASIK BLUE

Tasik Blue, terletak di lekukan yang curam kon

gunung berapi lama, iaitu Gunung Gambier, di

Australia Selatan. Kedalaman maksimumnya ialah

77 meter. Warna airnya akan berubah daripada

kelabu pada musim sejuk kepada biru pada musim

panas. Sebab-sebab berlakunya perubahan ini

tidak difahami dengan sepenuhnya. Teori yang

paling munasabah ialah bahawa kalsium karbonat

yang larut dalam air mendak semasa musim panas

dan butir-butirnya menyerakkan cahaya matahari.

Lihat Cahaya (penyerakan).

UMUM 

Kembali ke atas